fbpx
Now Reading
Gara-Gara Cuai Kereta Axia Dilanggar Kereta Api Di Pelabuhan Johor [Video]

Gara-Gara Cuai Kereta Axia Dilanggar Kereta Api Di Pelabuhan Johor [Video]

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemandu selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook sebuah rakaman memaparkan sebuah kereta telah dilanggar oleh sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Insiden tersebut berlaku di Landasan Kilometer 31 berdekatan dengan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, semalam (13 April).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Suhaimi, berkata insiden yang berlaku pada 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku semasa kereta api dengan 31 wagon yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.

Berpunca daripada kecuaian pemandu kereta

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal didapati kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu kereta berkenaan yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.