fbpx
Now Reading
Guru Dikecam Netizen Kerana Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Mengajar

Guru Dikecam Netizen Kerana Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Mengajar

Tindakan guru tersebut telah dikecam oleh warganet kerana tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila terdapat seorang guru yang bertindak untuk membuat ‘live’ di TikTok ketika sedang mengajar di dalam kelas bersama muridnya.

Isu itu mula menjadi perhatian selepas dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter, @n_ahwal yang tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan.

Disekat selepas bertindak menegur perbuatan guru tersebut

Menurutnya, dia telah menegur guru itu sebelum guru tersebut bertindak untuk menyekat dirinya di TikTok.

Dia turut menyifatkan tindakan guru tersebut membuat ‘live’ ketika mengajar adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.

Ini kerana seorang guru hendaklah memberi perhatian yang sepenuhnya kepada murid-murid ketika sesi pengajar dan pembelajaran berlaku.

Tindakan guru tersebut telah dikecam oleh netizen

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian netizen apabila rata-rata di antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh guru itu sehingga ada yang menunjukkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

KPM akan siasat kes berkenaan

Dalam masa yang sama, isu berkenaan turut menarik perhatian Dr Radzi Jidin, jurucakap Kementerian Pelajaran dan memaklumkan bahawa pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi ketika waktu pejabat.

Malah menerusi ciapan itu beliau turut memaklumkan pihak KPM akan menyiasat kes berkenaan untuk tindakan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.