
Puluhan Jemaah Cedera, Polis Israel Gempur Masjid Al-Aqsa
Namun menurut polis Israel, tujuan mereka memasuki kawasan tapak suci itu adalah untuk menyuraikan sekumpulan individu yang berhimpun di dalam masjid.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Puluhan polis Israel didakwa menyerbu Masjid Al-Aqsa awal pagi tadi sebaik jemaah selesai menunaikan Solat Subuh.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, dapat dilihat pertempuran melibatkan polis tersebut dengan sekumpulan rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu.
Ada juga klip yang menunjukkan rakyat Palestin mendapatkan perlindungan di dalam kawasan masjid dengan keadaan sekeliling dipenuhi asap dan bunyi tembakan.
Difahamkan pasukan polis Israel telah mengunakan gas pemedih mata serta peluru hidup sewaktu serangan tersebut.
Gas bombs and live bullets were used against the worshippers at Al-Aqsa this morning. pic.twitter.com/6jNdHHHF1T
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 15, 2022
Israeli occupation forces attack the worshippers in Al-Aqsa Mosque in occupied Jerusalem. pic.twitter.com/WvzoHMjcUN
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) April 15, 2022
🚨BREAKING
— 🇵🇸#FreeAhmedManasra (@shathootha) April 15, 2022
It’s 6 am and occupational forces have just stormed Al-Aqsa shooting live + rubber ammunition and tear gas at Palestinians suffocating them. There are reportedly already 8 Palestinians wounded pic.twitter.com/RRgUmXqhLw
لأول مرة خلال المواجهات … #عاجل قوات الاحتلال تقتحم المصلى القبلي بالمسجد الأقصى وتعتدي غلى المرابطين فيه #اقتحام_الأقصى_برمضان pic.twitter.com/8pPybORTvA
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) April 15, 2022
90 dilaporkan tersecera
Menerusi laporan Al-Jazeera, insiden tersebut menyebabkan lebih 90 rakyat Palestin tercedera dengan sebahagian darinya telah dikejarkan ke hospital oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Namun tambah mereka, masih ada saki-baki jemaah tercedera yang masih terperangkap di kawasan tersebut memandangkan laluan masuk ke perkarangan masjid disekat oleh tentera Israel sekaligus menghalang ambulans dan pasukan paramedik dari tiba ke mereka.

Namun polis Israel menerusi satu kenyataan berkata, tujuan mereka memasuki kawasan tapak suci itu adalah bagi menyuraikan sekumpulan individu yang berhimpun dan ‘membuat kacau’ di situ selepas selesai mengerjakan ibadah.
Kumpulan tersebut menurut mereka telah membaling batu ke arah kawasan rumah ibadat Yahudi di Tembok Barat, memaksa polis bertindak bagi menyuraikan mereka.
تغطية صحفية: "قوات الاحتلال تقيد المرابطين داخل المصلى القبلي وتعتدي عليهم بالضرب المبرح"#اقتحام_الأقصى_برمضان pic.twitter.com/GLMyyk9pcR
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) April 15, 2022