
‘Apalah Nasib Akak Tu?’-Netizen Berang Lihat Lelaki Siku Wanita 2 Kali Atas Motor [Video]
Video tersebut yang dipercayai berlaku di Telok Gadong, Klang telah mengundang kemarahan netizen yang berang dengan sikap lelaki tersebut yang telah menyiku wanita berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keganasan terhadap wanita bukanlah suatu isu yang baru terjadi dalam kalangan masyarakat, malah saban hari ada sahaja kes yang melibatkan keganasan terhadap wanita dilaporkan.
Lebih mengundang rasa marah apabila kejadian seperti itu dapat dilihat secara terang-terangan seperti video yang tular di Facebook yang memaparkan seorang lelaki menyiku seorang wanita ketika di atas motor.
Lelaki siku wanita sebanyak dua kali
Dikongsikan seorang pengguna Facebook, Eiza Zul, jelas di dalam video tersebut kelihatan lelaki berkenaan yang sedang menunggang motosikal bertindak menyiku wanita yang dipercayai isterinya yang sedang duduk di belakang sebanyak dua kali.
Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Telok Gadong, Klang telah berjaya dirakam menerusi dashcam sebuah kenderaan yang berada berdekatan dengan motosikal tersebut.
Netizen berang lihat video wanita disiku dengan kuat
Berdasarkan video itu, dipercayai wanita itu telah disiku dengan kuat sehingga menyebabkan kepalanya tertoleh hingga kebelakang.
Apa yang lebih mengejutkan ialah kelibat tangan seorang budak kecil memberikan bayangan bahawa ada anak mereka juga di atas motor tersebut.
Video berkenaan kemudian turut tular di platform media sosial lain termasuk Twitter.
Tindakan lelaki tersebut ternyata mengundang kemarahan warganet yang geram dengannya. Ada juga yang menasihati kaum wanita yang tertindas agar tidak berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada ahli keluarga atau pihak berkuasa.
Korang perempuan kalau kena macam ni please la jangan berdiam diri je.. bagitahu kat family incase makin teruk ada yang boleh tolong.. lelaki macam ni kalau di biar makin menjadi 😑
— 🇲🇾 محمد الدين 🐓 (@mohdaddin__) April 17, 2022
Atas motor pun dia buat camtu, dengan ada budak lagi. Apalah nasib akak tu sampai destinasi nanti. Puasa puasa pun baran, ni bukan hasutan syaitan tapi jantan tu yang syaitan
— 🇵🇸🇲🇾PU Kucingtara🇲🇾🇵🇸 #KitaMintaLima (@GlamClam_69) April 17, 2022
Suami yang zalim seperti ini perlu Didoakan beramai2 agar diberi hidayah dan insaf untuk kembali ke pangkal Jalan. Isteri adalah anugerah,bukan barang dagangan. Kasih kepada isteri, In Shaa Allah bahagia ke akhirat.
— fronterraz (@fronterraz) April 17, 2022
Situasi demikian undang rasa takut pada segelintir wanita untuk mendirikan rumah tangga
Dalam masa yang sama, menerusi video yang dipaparkan itu juga telah membuatkan segelintir masyarakat terutama golongan wanita berasa takut untuk berkahwin kerana bimbang jika mendapat suami yang bersikap demikian terhadap isteri.
Makin takut nk kahwin ye 🥶 https://t.co/hstcQdpsfA
— amy (@aaamylisayap) April 18, 2022
yalls keeping sharing this things, im scare lah tknak la tawin 😭 https://t.co/75OoJt6wAq
— violet (@frrh____) April 17, 2022