fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Netizen, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [Video]

Teruk Dikecam Netizen, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [Video]

Perkongsian video tersebut membuatkan netizen di ruangan komen mula merasakan dia sudah mula ‘koyak’ ekoran diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua cukup tahu perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, Bella sedang berlangsung di mahkamah.

Namun sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung bukan sahaja Siti Bainun yang dikecam, malah barisan peguam belanya juga tidak terkecuali.

Ini termasuklah peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang sebelum ini dikenali kerana kerap menjadi peguam dan wakil kepada ramai selebriti tempatan.

Bermula dari isu foto mini love, diikuti ciapan yang mendedahkan soal balas antara peguam dan saksi sewaktu perbicaraan, peguam ini sekali lagi dikecam selepas dia membuat satu pengakuan di Instagram mengatakan dia percaya akan kliennya.

“Takde kena mengena dengan you pun”

Menurut Hafidzah, masih terlalu awal untuk masyarakat membuat sebarang andaian serta spekulasi, jadi lebih baik tunggu saja keputusan dari pihak mahkamah.

Menerusi video sama, pakar undang-undang ini turut meminta rakyat Malaysia agar bersikap adil dan melihat kes tersebut dari perspektif kedua-dua belah pihak.

“Sebab tu dalam apa-apa kes, you tanya both side. Jangan sibuk-sibuk sangat hal orang. Takde kena mengena dengan you pun. Nak sokong tak bertempat. Sokong jela diam-diam. Pastu nak tuduh-tuduh, peguam ni wakil je.”

Peguam, Hafidzah Hassan

Tambahnya lagi, agak mustahil seseorang itu akan mendapat pengetahuan penuh tentang perjalanan sesuatu kes dengan hanya menghadiri perbicaraan di mahkamah sahaja.

@leeyaaamylia #justiceforbella #kamisempoi #slottoboss👀 #HaierAirPower #plugandplayit #fyp #fyp #masukberanda ♬ bunyi asal – 🐝Leeyaa

Dia dalam masa turut mengingatkan orang ramai agar belajar menghormati orang lain terlebih dahulu serta mengawal mulut dari bercakap sesuka hati dengan tujuan untuk mendapat sokongan dan perhatian.

“Belajar hormat orang lain dulu. Jangan sebab kita ni bagus, kita nak cakap sesuka hati kita supaya orang menyokong kita.

“Tepuk tangan dapat apa? Dijamin masuk syurga pulak ke?”, tegas Hafidzah lagi.

@leeyaaamylia Balas kepada @husnaghani29 bincangkan#justiceforbella #kamisempoi #HaierAirPower #slottoboss👀 #plugandplayit #fyp #fyp #masukberanda ♬ bunyi asal – 🐝Leeyaa

Perkongsian video tersebut membuatkan netizen di ruangan komen mula merasakan dia sudah mula ‘koyak’ ekoran diserang bertubi-tubi dari pelbagai arah. Malah perkara sama turut dibangkitkan pengguna-pengguna di Twitter.

“Koyak”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.