fbpx

Ajak Pendengar ‘Kumpul Pahala’, Suria FM Saji Pengisian Khas Sepanjang Ramadan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan bulan Ramadan, stesen radio popular, Suria FM, kali ini tampil memperkenalkan pengisian khas dan menarik dengan bertemakan ‘Kumpul Pahala’.

Pengisian ini merangkumi program ilimiah, program berbentuk hiburan, shorties juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali dengan panggilan DJ Lin berkata, pengisian tersebut sedikit sebanyak dapat bersama-sama melipat gandakan amalan bersama pendengar.

“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini.

“Suria FM begitu menitik beratkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat dan pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital,” kata DJ Lin.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin

Antara pengisian ‘Kumpul Pahala’ yang telah mula disajikan adalah :

– Tadabbur Suria bersama Quran Humaira (4 April – 29 April 2022)
– 30 Hari Mencari Cinta Ilahi (4 April – 3 May 2022)

Kotak Infaq Ramadan

Selain itu, Suria FM turut menganjurkan Kotak Infaq Ramadan Beli di mana orang ramai boleh membeli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infak Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Kotak Infak Suria mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer.

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan atau terus ke laman ‘Kumpul Pahala’ di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.