fbpx
Now Reading
Dek Kerana Ketagih Telefon, Gorila Ini Disisih Dari Kawanan

Dek Kerana Ketagih Telefon, Gorila Ini Disisih Dari Kawanan

Sikap ketagihan gorila tersebut yang gemar akan telefon pintar telah mengundang rasa bimbang kepada pihak penguruan zoo jika dia akan dibuli oleh gorila yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaanya kita hanya mendengar manusia yang mempunyai masalah ketagihan pada telefon terutama pada golongan kanak-kanak.

Namun, sedikit berbeza apabila seekor gorila muda yang ketagih dengan telefon pintar telah diserang oleh kawanya di Zoo Lincoln Park di Chicago, Amerika Syarikat.

Susulan dengan insiden itu, penjaga zoo telah diperintahkan untuk menghalang para pengunjung daripada menunjukkan iPhone mereka kepada gorila tersebut yang digelar Amare.

Amare seekor gorila yang suka ‘berselfie’

Foto: Tangkap layar video FOX 32 CHICAGO

Menurut laporan Daily Star, Amare sangat gemar untuk mengambil gambar ‘selfie’ serta menonton video di laman YouTube.

Sehubungan itu, pihak zoo telah membina satu ‘zon penampan’ untuk mengelakkan pengunjung daripada menunjukkan skrin telefon pintar mereka kepada Amare menerusi dinding kaca.

Selain itu, menurut mereka zon tersebut dibina selepas Amare diserang oleh kawanannya, kerana terganggu dengan telefon yang digunakan oleh seorang pengunjung.

Pihak zoo bimbang jika Amare dibuli dek kerana ketagihannya

Foto: Tangkap layar video FOX 32 CHICAGO

Pihak pengurusan zoo bagaimanapun turut merasa bimbang jika Amare akan dibuli kerana sikapnya yang suka akan skrin telefon dan menggunakannya untuk melihat gambar keluarga orang lain, haiwan peliharaan, serta termasuklah gambarnya sendiri.

“Kami merasa bimbang kerana Amare banyak menghabiskan masanya untuk melihat gambar orang ramai, dan kami lebih suka dia menghabiskan masa bersama rakan-rakan serta ‘belajar menjadi gorila’,” kata Stephen Ross yang merupakan Pengurus di zoo tersebut.

Tambah Ross, sebagai penjaga, dia pastinya mahu memberikan mereka pilihan, tetapi kadang kala ia perlu dibimbing agar mereka membuat pilihan yang baik untuk diri sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.