
Restoran Di Melbourne Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji Cecah RM200,000
Restoran di Melbourne, Australia ini sedang mencari penebar roti canai serta menawarkan gaji yang lumayan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Roti canai merupakan salah satu makanan kegemaran majoriti rakyat Malaysia, terutama apabila ia dimakan ketika masih panas.
Namun begitu, kemahiran menebar roti canai ini bukanlah sesuatu kemahiran yang ada pada semua orang.
Tidak dinafikan pembuatan roti canai ini adalah rumit kerana jika tidak ditebar dengan betul mungkin roti canai tidak akan mencapai piawaian yang digemari oleh pelanggan.
Oleh itu, tidak hairanlah jika gaji penebar roti canai adalah tinggi kerana pembuatannya juga tidak mudah.
Iklan jawatan kosong mencari penebar roti canai, tawar gaji hingga RM200,000
Siapa nak boleh cuba try test. pic.twitter.com/OseLDFEFWO
— Afiq H. 🇲🇾🇺🇦 (@A_HxrrxzThe1st) April 18, 2022
Perkara ini turut dikongsikan oleh sebuah restoran yang berada di Melbourne, Australia apabila mereka mengiklankan jawatan kosong dan mencari seorang penebar roti canai atau digelar roti canai chef menerusi satu laman kerja.
Restoran yang diberi nama RotiBar itu merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan asli daripada Malaysia.
Namun apa yang mengejutkan ialah gaji yang ditawarkan adalah begitu lumayan di mana individu yang terpilih untuk bekerja akan menerima gaji sehingga RM200,000.
Namun tiada penjelasan sama ada itu gaji bulanan atau tahunan

Walau bagaimanpun, menerusi semakan kami, gaji yang dinyatakan tidak dijelaskan secara terperinci adakah ianya gaji bulanan atau gaji tahunan.
Pada jawatan kosong yang diiklankan, mereka turut menyenaraikan ciri-ciri pekerja yang mereka mahukan iaitu pekerja yang berpengalaman dalam menebar roti canai, boleh bekerja dalam tekanan, seorang yang bertanggungjawab dan boleh mendengar arahan serta memiliki syarat sah untuk bekerja di Australia.
Selain menawarkan gaji yang lumayan kepada pekerja, mereka juga menawarkan kemudahan lain seperti menyediakan makanan pekerja, mempunyai organisasi yang stabil serta akan menawarkan tajaan kepada calon yang terpilih.
Netizen terhibur, teringat seperti babak dalam cerita Lagi-Lagi Senario
Iklan jawatan kosong ini bagaimanapun turut dikongsikan di laman Twitter dan rata-rata daripada mereka teruja dengan gaji yang ditawarkan oleh restoran tersebut dan ada yang mula memasang impian untuk belajar membuat roti canai.
Tetiba rasa macam nak belajar buat roti canai https://t.co/ji4o4gfbxW
— Ayoi | Deasstore (@asrulaffendi13) April 20, 2022
Bukan itu sahaja, apa yang lebih lucu ada yang mengatakan tidak sia-sia mereka membuat latihan menebar baju dalam bilik air seperti dalam babak cerita lagi-lagi senario.
Pergh, betul la macam cerita senario tu…bolen ni, boleh. *start training pakai baju basah* https://t.co/9OhSt5wVfS
— Fakap (@sifakap) April 19, 2022
‘Rasa macam nak pergi menuntut dengan Wahid’
Annually ke tu?? Convert jado 190k setahun. 15k sebulan. Rasa mcm nak pergi menuntut dgn wahid lah. ahaha https://t.co/cf208BFWfA
— ㉵ ㉢ ㉣ ㉵ (@DiDyaLiLeeya) April 19, 2022