fbpx
Now Reading
‘Takut Tak Sempat Berbakti’ – Pemuda Keluarkan Duit KWSP RM10 Ribu Beri Pada Ibu

‘Takut Tak Sempat Berbakti’ – Pemuda Keluarkan Duit KWSP RM10 Ribu Beri Pada Ibu

Amran memberikan wang itu sebagai tanda penghargaan kepada si ibu yang sudah bersusah payah membesarkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak itu pasti sahaja mahu membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka. Oleh itu, sebagai seorang anak kita pasti akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan mereka bahagia.

Perkara itu samalah seperti yang berlaku kepada seorang pemuda ini yang bertindak mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 untuk diberikan kepada ibunya iaitu Hajjah Nulia, 63.

Kisah itu telah dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai Amran Aminuddin,32, menerusi satu hantaran di Facebook.

Sudah berniat sejak pengumuman pengeluaran KWSP dikeluarkan

Menurutnya, sejak pengumuman bagi pengeluaran KWSP dikeluarkan oleh kerajaan dia sudah berniat untuk mengeluarkan wang tersebut dan berikan kepada ibunya.

Ibu mula-mula tak percaya dan berasa sebak

Ketika ditanya bagaimanakah perasaan ibunya ketika menerima wang itu, dia berkata ibunya berasa sedih dan sebak kerana seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Mak sedih dan sebak je mak macam tak percaya saya bagi duit tu dekat dia. Dia kata kenapa saya keluarkan duit tu dari KWSP. Kenapa tak simpan je untuk masa tua.

“Tapi saya balas tak apa mak, saya masih muda. Kalau Allah panjangkan umur saya, saya masih boleh kumpul duit KWSP tu,” kata Amran kepada BuzzKini.

Kalau tunggu pencen, belum tahu siapa yang akan pergi dulu

Katanya lagi, jika hendak tunggu pencen dia takut tidak sempat untuk berbakti kepada ibu bapa kerana belum tahu siapa yang akan pergi dahulu sama ada mak atau dirinya.

“Lagipun kalau nak tunggu saya pencen nanti, entah siapa yang akan pergi dulu. Saya takut saya tak sempat berbakti dengan mak,” ulasnya lagi.

Malah pada Amran, duit KWSP itu masih boleh dikumpul jika diberikan kesempatan oleh Allah dan kini tiba masanya buat ibunda tercintanya itu merasai hasil titik peluhnya selama membesarkan dirinya.

Tambahnya lagi, hasil daripada wang yang diberikan itu ibunya telah membeli seutas gelang emas yang mengambarkan itu sebagai hasil kerja keras Amran serta sebagai pelaburan untuk masa depan.

Amran yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik itu bekerja di sebuah syarikat kontraktor di Tawau selama lima tahun dan mahu menjaga ibu bapanya di sini.

‘Doakan aku supaya rezeki diluaskan lagi’

Dia dalam masa yang sama, turut meminta ibunya itu untuk mendoakan dirinya agar sentiasa diluaskan agar dia dapat berkongsi dengan keluarga serta orang lain.

“Mama doakan je aku supaya rezeki ku diperbesarkan lagi supaya aku boleh berkongsi rezeki dengan keluarga dan orang lain ya,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.