fbpx
Now Reading
Aksi Berani 2 Rakyat Malaysia Selamatkan Wanita Dari Maut Ditetak Dapat Penghargaan Singapura [Video]

Aksi Berani 2 Rakyat Malaysia Selamatkan Wanita Dari Maut Ditetak Dapat Penghargaan Singapura [Video]

Insiden berkenaan yang tular kemudiannya menarik perhatian ramai rakyat Singapura dan pihak polis yang berterima kasih di atas inisiatif kesemua mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan ‘berani mati’ dua rakyat Malaysia untuk menyelamatkan seorang wanita dari maut ditetak suaminya di Singapura akhirnya terbalas apabila mereka diberikan penghargaan oleh polis republik itu.

Lim Chee Kong dan Lim Chee Wei bersama 8 lagi individu diberikan penghargaan “Public Spirited Awards” oleh Singapore Police Force (SPF) selepas kesemua mereka dengan beraninya menyelamatkan wanita berusia 41 tahun itu yang diserang suaminya menggunakan parang di luar sebuah restoran di Beach Road.

Difahamkan Lim Chee Kong yang merupakan seorang cef sedang merokok di luar restoran sebelum dia tiba-tiba mendengar jeritan seorang wanita yang meminta tolong.

Dia kemudian terus berlari ke arah suara tersebut sebelum mendapati seorang wanita sedang ditetak oleh suspek lantas mengarahkannya agar berhenti.

“Tetapi, kemudian (dia datang ke arah saya) seperti mahu mencederakan saya, jadi saya berundur dan terus menjerit,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Kekecohan tersebut kemudian turut didengari Lim Chee Wei yang juga pekerja sebuah restoran berhampiran.

Dia kemudian bersama pemilik restoran dan beberapa lagi individu segerta menyertai Chee Kong dengan melempar pebagai jenis barangan ke arah lelaki bersenjata itu bagi mengalih perhatiannya.

Malah dua pekerja pembaik pulih penyaman udara yang berada di kawasan berkenaan turut membantu menghalang suspek dengan menggunakan tangga yang berada di lori mereka.

Suspek akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis dengan menggunakan taser gun selepas seorang saksi segera menghubungi mereka.

Insiden berkenaan yang tular kemudiannya menarik perhatian ramai rakyat Singapura yang berterima kasih di atas inisiatif kesemua mereka.

Menurut Komander Jabatan Polis Pusat, Jeremy Ang, kedua-dua rakyat Malaysia itu bersama 8 lagi individu kemudian diiktiraf di atas keberanian luar biasa, selain pantas berfikir untuk tampil walaupun sedar lelaki berkenaan bersenjata.

Sebagai info, suspek, Cheng Guoyan, 46 sudah pun dituduh pada Sabtu (16 April) atas dakwaan cubaan membunuh seorang wanita berusia 41 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.