fbpx

“Baru Merasa Kereta” – Rezeki KWSP One-Off Lulus, Suami Isteri Merasa Beli Kereta Kancil [Video]

Menurut Atikah, keluarga kecilnya itu sebelum ini hanya bergantung dengan motosikal milik suaminya untuk ke mana-mana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off sudah pun dikreditkan kepada pemohon sejak Isnin, 18 April.

Tindakan kerajaan mempercepatkan tarikhnya sekaligus membuatkan rata-rata pencarum yang memohon menarik nafas lega kerana ia dapat meringankan beban terutama menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Namun berbeza buat pasangan suami isteri ini apabila mereka sepakat menggunakan wang tersebut bagi membeli sebuah Perodua Kancil sebagai kereta pertama mereka.

Memuat naik satu video di TikTok, Atika mendedahkan yang dia dan suami begitu bersyukur apabila mereka sekeluarga akhirnya berpeluang untuk memiliki sebuah kereta.

“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta”

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

Sebelum ini hanya miliki motosikal untuk ke mana-mana

Menganggap itu adalah rezeki buat anak-anaknya kerana ia merupakan kereta pertama mereka, Atikah turut memaklumkan keluarga kecilnya itu sebelum ini hanya bergantung kepada motosikal milik suaminya untuk ke mana-mana.

“Kami dengan anak dua orang baru merasa ada kereta, sebelum ni pergi mana-mana naik motosikal sahaja.

“Dengan panas-panas, anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu,” kata ibu kepada dua orang anak ini lagi.

Atikah menerusi beberapa lagi muat naik turut berkongsi video memperlihatkan reaksi gembira anaknya apabila dihantar dan dijemput dari sekolah dengan kenderaan tersebut.

@atikah_la_la_la

baru lepas amik anak sekolah muka gembira anak😁

♬ suara asli – Els Warouw🎶

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.