Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pekerja Burger King telah memuat naik satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga wanita muslim sedang makan di dalam restoran tersebut di saat umat Islam yang lain sedang berpuasa.
Susulan insiden tersebut, orang ramai telah mengecam tindakan perkerja tersebut kerana dia tidak sepatutnya mendedahkan aib orang lain.
Dalam masa yang sama restoran makanan segera itu kemudiannya tampil mengakui insiden tersebut melibatkan pekerjanya. Mereka kemudian memaklumkan akan mengambil tindakan selanjutnya.
Isu ini bagaimanapun telah mencetuskan satu perdebatan yang hebat di kalangan pengguna media sosial, kerana ada yang menyatakan mereka yang tidak berpuasa tidak sepatutnya makan dikhalayak ramai bagi menghormati bulan Ramadan.
Dalam masa yang sama ada juga yang berpendapat isu ini bukanlah satu isu yang besar kerana mereka pasti mempunyai sebab tersendiri.
Namun persoalan utama adakah makan di tempat terbuka di bulan Ramadan menjadi satu kesalahan bagi umat Islam?
Bagi menjawab isu yang sedang hangat ini Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada menjelaskannya secara lebih terperinci di laman Maktabah al-Bakri.
Soalan:
Bolehkah orang yang diberi keuzuran untuk berbuka puasa makan di hadapan orang yang berpuasa?
Jawapan:
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Puasa adalah satu ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan kerana Allah SWT.
Ia memerlukan niat sebagai membezakan di antara orang yang menahan diri daripada makan dan minum kerana berpuasa dengan orang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.
Puasa yang disyariatkan adalah untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga tenggelam matahari.
Terdapat beberapa golongan yang diberikan keizinan oleh syarak untuk tidak berpuasa disebabkan keuzuran. Antaranya:
Wanita yang dalam keadaan haid diharamkan baginya untuk berpuasa. Sekiranya dia tetap berpuasa maka puasanya adalah tidak sah. Sama ada puasa tersebut merupakan puasa wajib, sunat, kaffarah ataupun nazar.
Wajib ke atas mereka untuk menggantikan puasa ini apabila mereka suci dari haid. Ini berdasarkan riwayat Abu Said al-Khudri RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ
Maksudnya: Tidakkah seorang wanita itu apabila dia datang haid dia tidak boleh solat dan tidak boleh berpuasa?
Orang yang sakit diberikan keringanan untuk berbuka puasa (tidak berpuasa). Apabila dia sihat semula maka wajib ke atasnya untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan tersebut. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
يَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ
Maksudnya: (Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa dari kalangan yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain.
Walaupun begitu, ada dhabit (piawaian) bagi kategori sakit yang dibenarkan berbuka dari ayat ini. Antaranya:
Orang yang sedang dalam permusafiran diberikan rukhsah (keringanan) untuk berbuka (tidak berpuasa). Ia berdasarkan firman Allah SWT:
يَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ
Maksudnya: (Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa dari kalangan yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain.
Berdasarkan ayat ini orang yang bermusafir juga diberikan keringang untuk tidak berpuasa. Namun, jika dia berbuka menjadi satu kewajipan baginya untuk menggantikan puasa tersebut pada hari lain.
Akan tetapi, permusafiran ini mempunyai beberapa kriteria untuk menjadikan ia suatu yang mengharuskan berbuka puasa. Antaranya adalah:
Bekas Mufti Besar Arab Sausi di dalam fatwanya menyebutkan: “Sesiapa yang berbuka puasa dia bulan Ramadan kerana keuzuran, maka hendaklah dia berbuka secara sembunyi.
Seperti seorang yang musafir yang tidak diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang bermusafir, dan wanita yang tidak diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang haid.
Maka dia hendaklah makan dan minum secara sembunyi agar dia tidak dituduh bermudah-mudahan dengan arahan Allah.
Namun jika dia berada dalam kalangan orang yang mengetahui bahawa dia adalah seorang musafir, dan dalam kalangan wanita yang mengetahui bahawa dia sedang haid maka tidak salah baginya untuk makan di sisi mereka dan berbuka.
Ini kerana, mereka mengetahui keadaan serta keuzurannya, dan begitu juga dengan seorang yang musafir dalam kalangan orang yang mengetahui keadaan musafirnya.
Manakala jika dia makan di hadapan orang lain, sedangkan mereka tidak mengetahui keadaanya, maka tidak sepatutnya dia makan dan minum di hadapan mereka. Bahkan wajib bagi dia menyembunyikannya supaya dia tidak dituduh melakukan kejahatan”.
Akhir kalam, para ulama berpendapat bahawa hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah diharuskan.
Namun begitu, dia hanya boleh makan dan minum di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa.
Kecuali dalam keadaan jika orang sekelilingnya mengetahui keadaan uzurnya yang dibenarkan oleh syara’ untuk tidak berpuasa.
Akhirnya, semoga dengan penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefaham dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik.
Diharapkan penjelasan daripada Dr Zulkifli ini dapat menjawab setiap persoalan anda, dan tidak lagi mengulangi perkara yang dilarang.
Sesungguhnya adalah lebih baik jika kita menyembunyikan sesuatu perkara itu agar tidak mendatangkan fitnah atau dosa kepada orang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda juga boleh melayari laman sesawang Maktabah al-Bakri.
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…