fbpx
Now Reading
Netizen Puji Cara Cikgu PJPK Ajar Anak Muridnya Tentang Pendidikan Seksualiti [Video]

Netizen Puji Cara Cikgu PJPK Ajar Anak Muridnya Tentang Pendidikan Seksualiti [Video]

Pendidikan seksualiti merupakan satu ilmu yang penting dan ia perlu disampaikan dengan baik agar mudah difahami terutama pelajar di peringkat sekolah rendah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak masih lagi menjadi suatu perkara yang taboo buat masyarakat di Malaysia khususnya di kalangan ibu bapa.

Ini kerana masih ada yang beranggapan pendidikan seksual ini seperti mendekatkan anak-anak ini dengan perilakuan yang tidak baik terutamanya perbuatan seks.

Walhal sebenarnya ia adalah jauh daripada apa yang difikirkan, dan pendidikan seksual ini juga sebenarnya penting untuk diterapkan kepada anak-anak terutama kini saban hari ada sahaja kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

Kanak-kanak haruslah diberi pendedahan terhadap pendidikan seksualiti, kerana ini dapat membantu mereka untuk mengetahui sesuatu perkara yang berlaku itu adalah perkara yang baik atau sebaliknya.

Guru ajar pelajar berkenaan sentuhan fizikal tidak selamat

Baru-baru ini tular satu video di laman media sosial Facebook yang dikongsikan oleh seorang pendidik yang mengajar anak muridnya berkenaan pendidikan seksualiti menerusi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK).

Menerusi video yang dimuat naik itu, guru yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ferdy telah mengajar anak muridnya berkenaan ‘sentuhan fizikal yang tidak selamat’ yang membabitkan beberapa anggota sensitif yang tidak sepatutnya disentuh oleh individu lain.

Cara mengajar yang bersahaja dan bersemangat buat anak murid seronok

Gaya pengajaran Cikgu Ferdy yang bersahaja serta bersemangat ini telah menarik minat anak muridnya serta membuatkan sesi pembelajaran menjadi lebih seronok dan mudah difahami.

Dalam video tersebut beliau telah menekankan beberapa anggota yang sensitif seperti mulut, bahagian dada, bahagian alat sulit serta punggung.

‘Terbaik cikgu, anak-anak seronok belajar’

Meninjau diruangan komen pula rata-rata netizen memuji cara beliau mengajar anak muridnya dan menyifatkan ia perlu dijadikan contoh kepada orang lain.

‘Ini yang kita perlukan’

‘Dari suara boleh tahu kanak-kanak faham apa yang disampaikan’

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.