fbpx
Now Reading
5 Tips Agar Badan Kekal Segar & Harum Walau Semasa Bersukan

5 Tips Agar Badan Kekal Segar & Harum Walau Semasa Bersukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan aktiviti fizikal seperti bersukan atau bersenam amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.

Selain mengurangkan risiko penyakit, aktiviti sebegini juga dapat membuatkan anda menjadi lebih segar selain meningkatkan mood.

Namun bila bersukan, anda tidak dapat mengelakkan diri dari mengeluarkan peluh, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas di negara kita. Ini secara tidak langsung membuatkan badan menjadi melekit, berdaki dan tidak selesa hingga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Persoalannya adakah terdapat cara untuk menangani masalah ini? Usah risau kerana kami akan berkongsi 5 tips berguna agar anda kekal harum dan selesa dari sebelum hinggalah selesai beriadah.

#1 Mandi sebelum anda keluar beriadah

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menjadikan badan berbau antaranya disebabkan kita tidak mandi. Ini kerana badan manusia sentiasa menghasilkan peluh sekaligus menyebabkan penambahan bakteria di sekelilingnya.

Jadi sebelum keluar beriadah pastikan anda mandi terlebih dahulu. Kombinasi air dan sabun yang bersesuaian akan membunuh semua bakteria tersebut. Sebaiknya adalah dengan menggunakan sabun body wash dengan pH yang seimbang. 

Dengan ini, dapatlah anda memulakan aktiviti senaman tanpa sebarang bakteria yang melekat pada badan.

#2 Pakai pakaian yang bersesuaian

Pemilihan baju sukan yang tak bersesuaian bukan sahaja menyebabkan kegatalan dan badan menjadi hangat, malah ia boleh menghasilkan bau yang kurang menarik.

Jadi pilihlah pakaian yang dicipta khas seperti pakaian senaman. Dari segi pemilihan fabrik pula, pilihlah pakaian yang diperbuat daripada cotton, tencel, spandex atau polypropylene. Ia bukan sahaja membuatkan badan berpeluh dengan baik dan lebih ‘bernafas’, bahkan ia dapat menyerap peluh dengan begitu berkesan. 

#3 Gunakan Anti Perspirant atau Anti Peluh

Jika deodoran berfungsi sebagai pewangi, anti perspirant atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil anti peluh pula digunakan untuk mengawal jumlah peluh. 

Jadi persediaan terbaik sebelum ke gelanggang adalah dengan menggunakan produk yang dapat memberikan kedua-dua fungsi di atas seperti Adidas UEFA Champions Edition 48H Anti-Perspirant Deodorant Spray.

Dengan perlindungan selama 48 jam dan direka khas untuk kulit yang aktif, produk yang sudah diuji secara dermatologi ini bukan sahaja dapat mengawal kadar pengeluaran peluh pada badan malah menghasilkan aroma yang menyegarkan. 

Bukan itu sahaja, dengan 0% penggunaan alkohol, produk ini juga terbukti selamat dari kerengsaan kulit. 

Lepasni dapatlah korang beri 100% tumpuan semasa beriadah tanpa perlu risaukan peluh dan bau badan kan?

#4 Mandi selepas melakukan aktiviti fizikal

Selepas melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan, badan kita pasti akan berpeluh lebih banyak daripada biasanya.

Jadi cara terbaik adalah dengan melakukan warm down terlebih dahulu dan duduk bagi membiarkan badan menjadi sejuk. Kemudian segeralah mandi.

Namun dalam situasi ini, anda bukan sahaja perlu membilas tubuh badan serta rambut dengan air yang bersih dan sabun yang bersesuaian, malah anda juga memerlukan sabun atau gel mandian yang dapat membekalkan hidrat pada kulit selain menawarkan efek dingin yang tinggi.

Langkah terbaik adalah menyediakan kit pasca-senaman seperti Adidas UEFA Champions Edition 2-in-1 Body and Hair Shower Gel yang memiliki semua keperluan di atas.

Malah ia juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk kulit yang aktif.

#5 Gunakan deodoran dan pewangi selepas mandi

Waktu yang paling sesuai untuk menggunakan bahan pewangi seperti deodoran dan minyak wangi adalah selepas mandi. 

Buat mereka yang sentiasa aktif, pilihan deodoran yang tepat pastinya dengan menggunakan Adidas UEFA Champions Edition 48H Cool Anti-Perspirant Deodorant Spray.

Selain itu anda juga boleh menggunakan minyak wangi serba baharu Adidas UEFA Champions Edition Eau de Parfum untuk aroma yang lebih mengancam. 

Diformulasi dengan pati yang dua kali ganda lagi pekat dari EDT, semburan wangian dari campuran bau vanilla, nilam, dan sage, ini pasti akan kekal lama di badan anda.

Dengan semua tips ini, kami yakin anda kini akan tampil lebih berkeyakinan baik di atas padang mahupun di sebarang acara.

Dapatkan semua koleksi perapian diri dari Adidas UEFA Champions Edition ini di Shopee, Lazada, Zalora dan di stor Watsons atau secara online sekarang!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.