CEO Beritahu Kepada Kakitangan Masa Depan Twitter Kini Masih ‘Gelap’
Elon Musk yang bakal memiliki Twitter berpendapat bahawa ia sepatutnya menjadi platform untuk bebas bersuara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam industri teknologi dunia telah digemparkan dengan berita bahawa Elon Musk telah berjaya mengambil alih Twitter dengan nilai anggaran RM191.6 billion dan ia sekaligus menjadikan pembelian ini sebagai satu lagi syarikat persendiriannya.
Susulan dengan perkara itu, Ketua Eksekutif Twitter Inc, Parag Agrawal telah memaklumkan kepada pekerjanya bahawa masa depan firma media sosial itu kini berada dalam keadaan yang tidak menentu.
Agrawal berkata demikian semasa sesi menyuarat ‘town hall’ bersama dengan pekerja Twitter yang turut didengari Reuters.
Musk akan adakah sesi soal jawab dengan pekerja Twitter
Difahamkan Musk bakal mengadakan sesi soal jawab bersama dengan pekerja Twitter pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Semasa Agrawal mendengar soalan berkaitan perancangan Musk untuk syarikat tersebut, dia turut mengetepikan soalan berkenaan kemungkinan pembuangan pekerja dan rasional lembaga berkenaan perjanjian jual beli itu.
Dalam masa yang sama dia turut menangguhkan banyak soalan yang sepatutnya ditanya kepada Musk.
Sebelum ini, Musk menyatakan bahawa Twitter seharusnya menjadi satu platform kebebasan bersuara.
Adakah penggantungan akaun Donald Trump di Twitter akan ditarik semula?
Pekerja Twitter turut mengajukan soalan kepada Agrawal, adakah keputusan penggantungan akaun Twitter bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan ditarik semula jika firma itu diambil alih oleh Musk.
“Sebaik perjanjian dimuktamadkan, kita tidak tahu arah tuju platform ini. Saya percaya apabila kita berpeluang untuk bercakap dengan Musk, ini adalah antara soalan yang akan diajukan kepadanya,” jelas Agrawal.
Taylor yakinkan pekerja untuk mengutamakan kelangsungan operasi sampai perjanjian dimeterai
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter, Bret Taylor turut menyakinkan kakitangannya bahawa perjanjian dengan Musk adalah mengutamakan kesinambungan operasi sehingga perjanjian itu dimeterai.
“Saya rasa kita berada dalam keadaan sangat selesa (perjanjian itu) memberikan peluang kepada kakitangan yang ada untuk terus menjadikan syarikat ini berjaya tatkala proses sedang dimeterai dan transaksi dimuktamadkan,” jelas Taylor.