fbpx

Mark Ruffalo Kecam Tindakan Tentera Zionis Cederakan Rakyat Palestin Di Al-Aqsa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan tentera Zionis menyerbu masuk dan menyerang jemaah Masjid al-Aqsa dua minggu lalu nyata mengejutkan dunia.

Meskipun mendakwa tujuan mereka memasuki kawasan tapak suci itu adalah bagi menyuraikan sekumpulan individu yang membuat kacau, rata-rata penduduk dunia khususnya umat Islam beranggapan ianya hanyalah satu tindakan provokatif yang disengajakan.

Baca artikel berkaitan : Puluhan Jemaah Cedera, Polis Israel Gempur Masjid Al-Aqsa

Perkara sama turut disuarakan aktor terkenal Hollywood, Mark Ruffalo apabila tampil mengkritik tindakan yang dilakukan rejim Zionis itu.

Malah Mark menerusi ciapan di Twitter turut senada dengan orang ramai apabila mendakwa perbuatan itu adalah disengajakan.

“Dari Jumaat lalu, hampir 500 rakyat Palestin ditahan pihak berkuasa penjajah Israel di Masjid al-Aqsa, dan seperti yang anda laporkan 170 daripadanya cedera, malah ada yang kritikal di mana sebahagiannya adalah wartawan, disengajakan oleh tentera Zionis.”

Perkongsian itu nyata menarik perhatian ramai peminat dunia Hollywood dan pengguna Twitter. Meskipun ada yang merasakan ianya tidak tepat, namun rata-rata dilihat bersetuju dengan apa yang disuarakannya.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama aktor yang terkenal dengan watak The Hulk dalam francais Avengers itu mengkritik tentera Zionis.

Dia tahun lalu bersama 100 selebriti Hollywood telah menandatangani satu surat yang mengecam dasar aparteid Israel di bumi Palestin.

Malah dia juga pernah menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) agar mengenakan sekatan terhadap rejim Tel Aviv sewaktu perang tercetus di Genting Gaza pada 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.