fbpx
Now Reading
Netizen Teruja Akak McDonalds Ambil Pesanan Dalam Bahasa Jawa [Video]

Netizen Teruja Akak McDonalds Ambil Pesanan Dalam Bahasa Jawa [Video]

Apa yang mengujakan apabila lelaki ini memesan ais krim menggunaan bahasa jawa sebelum ianya dibalas oleh pekerja McDonalds dengan bahasa yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai etnik dan budaya kerana masyarakatnya yang datang dari pelbagai negara pada zaman dahulu.

Oleh itu, pelbagai bahasa telah digunakan di negara ini sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi sebagai contoh Bahasa Cina, Tamil, Melayu, Mendailing dan juga Jawa.

Namun tidak semua di antara kita yang pandai menuturkan bahasa tersebut terutama bahasa Jawa.

Ini kerana ada juga mereka berasal dari etnik tersebut tidak pandai bertutur dalam bahasa itu dan masyarakat ini kebiasaanya berada di Selangor dan Johor.

Buat pesanan dalam bahasa jawa

Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok yang memaparkan gelagat seorang pelanggan lelaki yang membuat pesanan makanan di drive-thru McDonalds Banting dengan menggunakan bahasa Jawa.

Apa yang lebih menarik lagi apabila pekerja yang mengambil pesanan tersebut turut membalas pesanan lelaki tersebut dengan menggunakan bahasa Jawa.

Pelanggan terkejut pekerja McD faham

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ek41._, pelanggan itu telah memesan dua ais krim McFlurry Milo dan satu ais krim kon berperisa vanilla dengan menggunakan bahasa Jawa.

Namun dia sama sekali tidak menyangka yang pekerja berkenaan bukan sahaja faham apa yang dipesan bahkan pekerja itu turut membalas dengan bahasa yang sama.

“Tak sangka pulak dia pandai Jawa,” katanya di dalam kapsyen.

‘Next level akak McD ni’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja kerana pekerja McDonalds itu fasih berbahasa Jawa. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji pekerja itu dan menyatakan dia sebagai pekerja yang luar biasa.

‘Best dengar orang cakap jawa’

‘Bolehlah lepas ni pergi McD cakap jawa’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.