fbpx
Now Reading
Suria FM Perkenal Program Hiburan Menarik Sempena Raya 2022

Suria FM Perkenal Program Hiburan Menarik Sempena Raya 2022

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Suria FM akan memperkenalkan beberapa program hiburan istimewa untuk orang ramai khususnya pendengar setia mereka.

Dengan tema ‘Nikmati Bersama’, antara program menarik yang akan disajikan kepada peminat adalah :

-Takbir Raya Suria 2022 : 2 Mei – 3 Mei 2022 7(8-9 pagi)
-Carta Suria Top 40 Raya: 30 April & 7 Mei 2022 (10.00 pagi – 2.00 petang)
-Team Pagi Suria Raya: 3 Mei – 5 Mei 2022 (6.00 pagi – 10.00 pagi)

Drama pendek raya ‘Dodol Tak Bergula’

Namun yang paling mencuri perhatian kami pastinya drama pendek raya yang berjudul ‘Dodol Tak Bergula’ yang menampilkan barisan penyampai Suria seperti DJ Lin, Fizi Ali, Ajak, Rara, Cik Piah, Suraya, Tyzo, Anna J bersama pelakon veteran, Wan Maimunah sebagai Mak Leha.

Drama pendek ini merupakan tajaan Quran Humaira yang berkonsepkan pengajaran dan unsur komedi santai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol dan begitu disenangi orang kampung kerana sifatnya yang peramah.

Tetapi sifatnya tidak disenangi oleh Lin dek kerana dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka. Selepas tahun berganti, sedikit perubahan mulai terlihat pada sosok figura tersebut. Sosok tubuhnya ada di depan mata, hakikatnya dia tidak seperti biasa. Jadi apakah perubahan yang berlaku pada diri Mak Leha? Adakah dendam kesumat antara Mak Leha dan Lin akan menemui titik noktah? Tonton video tersebut di bawah :

Lagu Raya 2022

Selain itu mereka juga tampil dengan lagu raya terbaharu bagi tahun 2022 yang berjudul ‘Pelukan Aidilfitri’ ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja.

Anda boleh mendengar Lagu Raya Suria 2022 & Muzik Video (MV) di sini.

Jangan lupa untuk menyaksikan Video Takbir Raya Suria 2022 yang dibarisi oleh Penyampai Suria FM juga kakitangan Suria, dan penampilan istimewa daripada penyanyi popular, Lah Ahmad dan Ustaz Munif (Hijaz) yang berlokasi di Masjid Sendayan, Negeri sembilan.

Takbir Raya ini akan bersiaran pada malam raya sehingga hari raya pertama di semua digital platform Suria Malaysia juga akan turut disiarkan di radio Suria FM.

Sebagai info, Suria mencatatkan Peningkatan Jumlah Pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar menurut keputusan kaji selidik GFK terbaru, bagi pengukuran pendengar radio Wave 1, 2022 berbanding kaji selidik Wave 2, 2021. Kini Suria FM telah berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar.

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Raya ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.