fbpx
Now Reading
Dakwa Rekod Sulit Penghuni Tersebar, Rumah Bonda Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Dakwa Rekod Sulit Penghuni Tersebar, Rumah Bonda Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Rumah Bonda mendakwa maklumat sulit yang kini bertebaran di media sosial telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh seorang bekas kakitangan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak ekoran berlakunya penyebaran maklumat sulit penghuni rumah kebajikan itu.

Rumah Bonda yang tampil menerusi satu kenyataan memaklumkan pertubuhan itu memandang serius perbuatan tersebut selain dakwaan yang dibangkitkan di dua akaun Facebook iaitu ‘Mona Din’ dan juga ‘Aliff Ahmad’.

Dakwa didedahkan bekas kakitangan

Rumah Bonda mendakwa maklumat sulit yang kini bertebaran di media sosial telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh seorang individu yang merupakan bekas kakitangan rumah kebajikan itu.

“Pertubuhan Rumah Bonda dengan ini menegaskan bahawa pada bila-bila masa Pertubuhan Rumah Bonda tidak mengizinkan rekod-rekod sulit bekas penghuni disalahgunakan dan disebarkan sedemikian rupa.

“Pertubuhan Rumah Bonda juga memandang serius percubaan pihak-pihak tertentu yang telah menghubungi dan mengganggu keluarga-keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial serta mendesak mereka untuk membuat laporan polis palsu dengan mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda.

“Pertubuhan Rumah Bonda telah merujuk perkara ini dengan pihak peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya dipetik dari Malaysia Gazette.

Foto: Dr Zulkifli Al Bakri

Sudah rujuk pada peguam

Menerusi kenyataan sama, Rumah Bonda juga memaklumkan telah merujuk perkara ini dengan pihak peguam untuk diambil tindakan undang-udang.

Terdahulu tular di media sosial gambar kanak-kanak yang lahir di rumah perlindungan tersebut.

Kanak-kanak berkenaan difahamkan adalah anak kepada salah seorang saksi kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Segelintir netizen kemudiannya mendakwa kanak-kanak itu telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang seorang selebriti.

Kredit Gambar : Syed Azmi/Dr Zulkifli Al Bakri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.