fbpx
Now Reading
Tayangan Filem Terbaharu Dr Strange Dilarang Di Arab Saudi

Tayangan Filem Terbaharu Dr Strange Dilarang Di Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi akan tetap berusaha agar filem tersebut dapat menyunting babak yang mempromosi golongan songsang itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tayangan filem terbaharu Dr Strange yang dihasilkan Disney dan Marvel Studio telah diharamkan oleh kerajaan Arab Saudi kerana mempunyai dialog yang mempromosikan golongan songsang.

Menerusi laporan Daily Mail, filem tersebut mempunyai satu babak selama 12 saat yang menunjukkan seorang pelakonnya menyebut bahawa dia mempunyai ‘dua orang ibu’.

Arab Saudi minta Disney potong babak LGBT

Walau bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi telah meminta Disney untuk memotong babak yang menunjukkan golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) sebelum ia diberikan kebenaran untuk ditayang ke negara tersebut.

“Akan tetapi, buat masa ini Disney menolak permintaan kami untuk menyunting babak selama 12 saat itu di mana watak lesbian America Chavez yang merujuk kepada ‘dua ibunya’.

“Ia hanya bercakap tentang ibunya kerana dia mempunyai dua ibu, dan sukar bagi negara timur tengah untuk melepaskan sesuatu yang seperti ini,” jelas Penyelia Utama bagi Klasifikasi Pawagam Arab Saudi, Nawaf Alsabhan.

Disney enggan suntingan babak seperti diminta kerajaan Arab Saudi

Menurutnya lagi, Disney telah memberitahu kepada pihaknya bahawa mereka tidak mahu membuat perubahan seperti yang diminta.

Katanya, homoseksualiti adalah satu potensi kesalahan yang besar di Arab Saudi, dan terkenal dengan tafsiran ketat undang-undang syariah Islam yang juga menjadi asas kepada sistem kehakimannya.

“Belum lagi diharamkan”

Nawaf Alsabhan bagaimanapun mempertikaikan laporan media yang mengatakan filem itu telah diharamkan.

“Ia tidak pernah diharamkan dan tidak akan diharamkan. Tiada sebab untuk mengharamkan filem berkenaan.

Arab Saudi tidak akan berputus asa

“Ia cuma suntingan mudah dan setakat ini mereka (Disney) menolak, namun kami tidak akan berputus asa dan masih mencuba (agar pihak Disney mengikut permintaan itu),” jelas Nawaf Alsabhan lagi.

Dalam pada masa sama, seorang pekerja daripada sebuah pawagan di Arab Saudi pada Isnin (25 April) memaklumkan bahawa tayangan filem Dr Strange In The Multiverse Of Madness’ telah ditarik balik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.