fbpx

Selalu Digunakan Di Banyak Negara, Ini 5 Hasil Ciptaan Rakyat Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Jangan tak percaya, banyak juga produk inovatif yang dihasilkan rakyat Malaysia untuk kemudahan manusia lainnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan, kewujudan produk-produk inovatif dan bermanfaat banyak membantu manusia dalam melakukan tugas harian masakini.

Baik dari peralatan teknologi seperti telefon pintar hinggalah ke peralatan di rumah seperti pencucuh api, semua produk-produk ini telah terbukti memudahkan urusan kita selain menjimatkan masa dan tenaga.

Namun dalam lambakan produk yang dicipta oleh orang barat, ada juga beberapa penemuan yang menggunakan buah fikiran dan kreativiti rakyat dari Malaysia.

Jadi di bawah kami kongsikan beberapa produk bermanfaaat yang telah dicipta oleh rakyat Malaysia :

#1 USB Pendrive

Digunakan hampir semua pengguna IT di dunia. Pendrive pertama di dunia sebenarnya telah dicipta oleh seorang rakyat Malaysia kelahiran Sekinchan, Datuk Pua Khein Seng pada tahun 2001.

Pendrive ini dihasilkan setahun selepas beliau mengasaskan syarikatnya, Phison Electronics Corp di Taiwan.

Penemuan ini sekaligus menandakan tamatnya era penggunaan Floppy disk dan CD-Rom yang lebih berkapasiti kecil di kalangan pengguna IT.

#2 Nehemiah walls

Jika anda perasan, kebanyakan skruktur flyover di Malaysia menggunakan dinding yang berbentuk seperti honeycomb atau heksagon.

Dinding jenis ini sebenarnya merupakan ciptaan Dr Nehemiah Lee, sekaligus ia diberikan nama sebagai Dinding Nehemiah atau Nehemiah Walls.

Selain di Malaysia, penggunaan Nehemiah Walls untuk flyover turut digunakan di beberapa negara lain seperti Singapura, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Indonesia.

#3 Alat merebus telur automatik

Alat yang cukup senang dilihat terutamanya di restoran dan kedai-mamak. Namun siapa sangka, produk ini juga dicipta oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Datuk Hew Ah Kow.

Tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik, alat merebus telur ini hanya memerlukan air panas yang mendidih untuk memastikan telur rebus anda sedia dimakan.

#4 Sarung berus gigi (flipper tooth brush)

Foto : The Smart Local

Jangan tak percaya! Flipper tooth brush yang sering menjadi pilihan untuk anak-anak kecil menyimpan berus gigi mereka juga dicipta oleh rakyat Malaysia.

Dihasilkan demi memastikan berus gigi dalam keadaan bersih dan terlindung dari sebarang kotoran, flipper tooth brush atau sarung berus gigi yang kini digunakan oleh ramai penduduk di dunia sebenarnya merupakan satu ciptaan Goo Yock Tee.

#5 Pelitup muka n95

Foto : Pexels

Semua pasti bersetuju kalau kami katakan pelitup muka merupakan alatan yang paling penting di saat dunia masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19.

Namun masih ada yang tidak tahu bahawa salah satu pelitup muka iaitu N95 sebenarnya merupakan produk kesihatan yang cipta oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Dr Wu Lien Teh.

Namanya macam familiar kan? Ya! Nama jalan di Perak dan Juga Pulau Pinang. Nama tersebut diambil bersempena dengan kejayaan beliau menghasilkan pelitup muka jenis N95 ini sehingga berjaya menyelamatkan jutaan nyawa pada tahun 1910.

Baca kisah beliau di sini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.