Tidak dapat dinafikan, ada segelintir masyarakat memandang serong orang yang bekerja sebagai Tow Truck Driver atau dalam Bahasa Melayunya penarik kereta.
Mereka sering dikaitkan dengan ejen penarik kereta (EPS) dan juga call man (longkai) memandangkan kesemuanya bekerja di dalam bidang yang hampir sama.
Terbaharu, syarikat insurans, Allianz Malaysia tampil dengan video ‘Sangka Baik’, berkongsikan tentang kisah seorang penarik kereta yang dikenali sebagai Abang Mail.
Menerusi video tersebut, Abang Mail yang bekerja di bawah Allianz Road Rangers sedar bahawa ramai orang kerap memandang serong pada pekerjaannya dengan tanggapan mereka hanya mencari untung atas kesusahan orang lain.
“Call Man dan Tow Truck tak sama. Ramai yang pandang serong dan samakan kami.
“Ingat kami kerja nak untung senang, anggap rezeki kami tidak halal, ingat semata-mata sebab duit,” katanya menerusi video itu.
“Kerja yang jadi kebanggaan aku”
Namun dia tidak kisah dengan semua tanggapan itu sebaliknya berbangga dengan amanah yang diberikan kerana sentiasa melunaskan tanggungjawabnya menjaga kebajikan pelanggan Allianz yang memerlukan bantuan secepat mungkin
“Tapi bukan aku, aku pergi secepat yang aku boleh sebab itu tanggungjawab aku. Inilah kerja yang menjadi kebanggaan aku dan pasukan aku.
“Mungkin ramai yang meragui, tapi saat dikehendaki kami membantu dengan seikhlas hati. Di mana-mana sahaja, Allianz Road Ranges sentiasa bersedia. Kami bekerja dengan ikhlas demi orang tersayang,” kata video itu lagi.