fbpx
Now Reading
“Majikan Tak Boleh Potong Gaji Atau Elaun Pekerja BDR” – Menteri Sumber Manusia

“Majikan Tak Boleh Potong Gaji Atau Elaun Pekerja BDR” – Menteri Sumber Manusia

Pekerja tidak dibenarkan bekerja daripada rumah tanpa persetujuan daripada majikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memaklumkan dasar gaji negara tidak membenarkan pemotongan gaji atau elaun pekerja yang bekerja daripada rumah (BDR).

Menurut beliau, pemotongan gaji tidak boleh dilakukan malah tidak sepatutnya berlaku.

“Majikan dia membenarkan (BDR), maka tidak patutlah mereka hendak potong gaji”

“Hari ini tiada halangan, majikan boleh minta mereka masuk ke pejabat. Tidak boleh mana-mana pihak kerja dari rumah tanpa persetujuan daripada majikan.

“Majikan dia membenarkan, maka tidak patutlah mereka hendak potong gaji.

‘Jangan pula kita benarkan, kita pula potong gaji’

“Kalau majikan tidak bersetuju dengan pekerja bekerja dari rumah, mereka boleh minta majikan datang ke pejabat. Jangan kita bagi kebenaran, kita pula potong gaji,” jelas Saravanan.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan berkaitan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang melihat kewajaran bagi majikan untuk memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan sekiranya perkerja memilih BDR atau dalam bahasa Inggerisya Work From Home.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan menyatakan, ada di kalangan pekerja yang bersetuju dengan langkah itu memandangkan bekerja dari rumah dapat menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.