fbpx
Now Reading
“Rezeki Telah Tertulis” – Video Raya Ini Dihasilkan Dengan Mesej Penuh Bermakna

“Rezeki Telah Tertulis” – Video Raya Ini Dihasilkan Dengan Mesej Penuh Bermakna

Tema video Gamuda Land tahun ini adalah Reze-Key Raya yang menyampaikan mesej lebih mendalam tentang rezeki dan betapa kita harus bersyukur dengan nikmat yang sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lain orang, lain cabaran hidup yang diterima.

Ada orang dikurniakan dengan rezeki mencukupi, namun diuji pula dengan perkara lain dan ada juga yang sebaliknya.

Gambar sekadar hiasan.

Pendek kata, ujian setiap individu adalah berbeza. Apa yang membuatkan kita kuat adalah cara mengatasi dan menyelesaikannya. Paling penting sekali, perasaan bersyukur harus sentiasa diterapkan di dalam diri masing-masing.

Apa jua yang diterima di dunia ini, adalah datangnya dari yang Maha Esa.


Menuju ke jalan yang diberkati sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Creative

Umum sedia maklum, berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini bermakna, sanak-saudara akan mula berkunjung ke kampung halaman, memasak bersama, mengemas rumah, memasang pelita, bermain mercun serta bunga api, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita semua dinasihati untuk sentiasa mengamalkan bersikap bersederhana dalam melakukan sesuatu. Ingatlah bahawa ada lagi segelintir golongan yang masih tidak mampu untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta dek kerana kekangan wang, waktu, dan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Jadi, untuk kita yang masih sihat dan mampu ini – janganlah terlalu berlebih dan tidak ingat dunia. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan setakat ini. Rezeki yang kita miliki pada ketika ini juga perlulah dikongsikan bersama dengan mereka yang memerlukan.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.


Gamuda Land Tampil Dengan Sebuah Video Raya Menyentuh Hati.

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, kali ini Gamuda Land tampil mengeluarkan sebuah video yang penuh bermakna di mana ianya turut menyampaikan mesej yang tersurat dan tersirat buat orang ramai.

Video ini diterbitkan bertujuan supaya orang ramai lebih menghargai segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Termasuklah rezeki yang diterima, pasangan suami isteri yang saling menyayangi serta menghormati, ibu bapa dalam keadaan yang sihat walafiat, anak-anak yang mendengar kata, dan juga perkara-perkara kecil yang lain.

Malah, kita semua masih mempunyai rumah untuk tinggal, makanan dan minuman untuk dinikmati, air yang mengalir di rumah untuk membersihkan diri, dan juga kuasa elektrik yang masih boleh menerangi malam kita.

Dalam bahasa mudahnya; jangan ambil remeh sahaja. Syukurilah nikmat yang diterima ini.


Sedekah.

Di bulan yang mulia ini, eloklah jika kita berkongsi lebihan rezeki bersama-sama dengan mereka yang memerlukan. Oleh itu, di sini kami sediakan cara untuk anda menderma kepada NGO (Non-profit Organization) untuk membantu mereka yang memerlukan.

Yang penting, ikhlas.

Persatuan Kebajikan Suriana ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan kepada kanak-kanak untuk mewujudkan rasa harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Tujuan utama mereka adalah melindungi hak kanak-kanak yang kurang bernasib baik sambil menangani isu sosial yang memberi kesan kepada kanak-kanak ini dan keluarga mereka.

Antara usaha yang dihasilkan Suriana, Play and Learn (PAL) Centre yang berpusat di Desa Mentari adalah menyediakan ruang selamat untuk kanak-kanak di kawasan ini.

Pusat PAL adalah ruang selamat untuk kanak-kanak semasa ibu bapa mereka berada di tempat kerja. Mereka dapat berada di sekeliling kanak-kanak lain dan membina persahabatan yang sihat, membina kemahiran sosial, adab yang baik dan meningkatkan keyakinan mereka.

Ketika ini, terdapat lebih 40 kanak-kanak yang menghadiri PAL Centre, 5 hari seminggu.

Menyokong usaha ini akan membantu dalam memastikan kita melengkapkan generasi akan datang dengan asas yang kukuh untuk mereka pergi ke dunia sebenar. Dengan memupuk nilai-nilai yang betul, mereka akan dapat membuat pilihan yang betul dan bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka tetapi keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Anda boleh memilih untuk menderma kepada Persatuan Kebajikan Suriana DI SINI dan memainkan peranan dalam usaha berterusan mereka untuk memberikan yang terbaik untuk kanak-kanak ini.

“Honouring our Heroes.”

Anugerah Inspirasi Gamuda (GIA) dan Anugerah Star Golden Hearts (SGHA) ialah usaha kerjasama antara Yayasan Gamuda dan The Star Foundation untuk mengiktiraf individu atau kumpulan tanpa mementingkan diri berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk masyarakat.

Mengiktiraf sumbangan individu atau kumpulan ini akan mendedahkan isu yang patut diberi perhatian dan cara kita semua boleh membantu.

Raya kali ini, daripada bersusah payah memikirkan apa yang tidak ada, marilah kita berlatih bersyukur dan menghargai perkara-perkara kecil dan menyalurkan rezeki kepada mereka yang kurang bernasib baik.


“Count Your Blessings.”

Untuk kefahaman lebih mendalam tentang rezeki, anda boleh tonton video yang diterbitkan oleh Gamuda Land sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 ini. Percayalah, anda akan berasa lebih positif dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

Yang penting, kita kongsi Reze-key Raya dengan orang lain juga, okay?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.