fbpx
Now Reading
“Bangga Jadi Perampas?” – Netizen ‘Seram’ Baca Komen Skandal-Skandal Suami Orang Di TikTok

“Bangga Jadi Perampas?” – Netizen ‘Seram’ Baca Komen Skandal-Skandal Suami Orang Di TikTok

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan seram dengan keberanian mereka berkongsi hubungan tersebut secara terbuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/ayuazizz/status/1521748302924251136?

Tanya sahaja pada kaum wanita yang bergelar isteri, antara perkara yang paling ditakuti tentunya kehadiran orang ketiga yakni skandal kepada si suami sehingga boleh mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Meskipun perkara sama turut dialami segelintir lelaki, perbuatan sebegini lebih cenderung melibatkan kaum Adam dan orang ketiga.

Terbaharu, tular di Twitter beberapa tangkap layar memperlihatkan komen segelintir kaum hawa yang bergelar orang ketiga yang secara terang-terangan mengakui rindukan skandal mereka iaitu suami orang yang pulang beraya bersama anak dan isteri.

“Sakit weh, tebuka pula media sosial lagi tambah sakit tengok kemesraan Aidilfitri depa”

Menerusi tangkap layar tersebut, ada juga yang secara terbuka berkongsi pengalaman sama berkongsi suami orang seolah-olah tindakan tersebut adalah satu perkara normal buat kaum wanita.

Malah ada segelintir yang merasakan penantian itu bukanlah suatu masalah asalkan habuan berupa wang ringgit sudah diberikan bersempena dengan raya.

“Seram baca komen scandal suami orang”

Dimuat naik Ayu Aziz di akaun miliknya, tangkap layar komen-komen tersebut yang diambil dari TikTok mencuri perhatian netizen di mana rata-rata terkejut meluahkan rasa seram dengan kewujudan wanita yang digelar perampas ini.

Dimuat naik Ayu Aziz di akaun Twitter miliknya, tangkap layar komen-komen tersebut yang diambil dari TikTok mencuri perhatian netizen di mana rata-rata meluahkan rasa terkejut, geram dan seram dengan kewujudan wanita yang digelar mereka sebagai perampas ini.

Lebih menimbulkan kemarahan mereka apabila segelintir dari golongan ‘skandal-skandal’ ini dilihat begitu bangga mengakuinya di media sosial.

Ni baru betul bab*, suka menyondol

Carian kami di TikTok turut menemui posting asal yang dimuat naik pengguna TikTok berkenaan.

“Selamat Hari Raya ‘suami orang tersayang. Beraya dulu bersama isteri dan anak-anak you dulu tau. Nanti kita raya bersama. Rindu kamu sangat,” tulisnya pada video tersebut.

Meskipun tidak menjelaskan status dirinya sama ada sebagai seorang madu ataupun hanya bertaraf ‘scandal’, rata-rata beranggapan perbuatan sebegini adalah keterlaluan kerana didedahkan secara terbuka.

@diana_danisha for you 😎#fypシ #raya2022 #singlemmomlife #RancakRaya ♬ original sound – Shawlpublika

Namun sama seperti di Twitter, perkongsian dan puluhan komen dari wanita-wanita tersebut turut mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan mereka langsung tidak tahu malu sebaliknya berbangga dengan ‘dosa’ yang dilakukan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.