
Elon Musk Cadang Twitter Kenakan Bayaran Pada Pengguna Komersial & Kerajaan
Pihak Twitter bagaimanapun enggan memberikan apa-apa maklumbalas berhubung isu tersebut sewaktu dihubungi oleh Reuters.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kebelakangan ini, nama usahawan dan teknopreneur, Elon Musk sering menjadi topik perbualan ramai penggemar dunia teknologi.
Mula menjadi perhatian selepas menjadi pemegang saham terbesar Twitter dengan 9%, Elon Musk kemudian sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai apabila menandatangi perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion).
Twitter kemudiannya tampil mengesahkan pengambilaihan tersebut dan memaklumkan ianya dijangka selesai sepenuhnya pada hujung 2022.
Percuma untuk pengguna biasa tapi ada caj untuk kerajaan dan pengguna komersial
Terbaharu Musk mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan Twitter mungkin akan mula mengenakan ‘sedikit’ bayaran terhadap pengguna komersial dan badan kerajaan.
Dia yang tampil menerusi satu bebenang bagaimanapun menekankan bahawa aplikasi tersebut akan terus disediakan secara percuma buat pengguna biasa.
“Twitter akan sentiasa percuma untuk pengguna biasa tetapi mungkin mengenakan ‘sedikit’ bayaran kepada pengguna komersial dan kerajaan,” kata Musk.
Twitter will always be free for casual users, but maybe a slight cost for commercial/government users
— Elon Musk (@elonmusk) May 3, 2022
Dia dalam masa sama turut berpendapat organisasi seperti Freemason telah mengalami kejatuhan kerana menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma tanpa apa-apa balasan.
Pihak Twitter bagaimanapun enggan memberikan apa-apa maklumbalas berhubung isu tersebut sewaktu dihubungi oleh Reuters.
Terdahulu Musk mengkritik pendekatan Twitter dan berkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai. Selain itu dia turut menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.