fbpx

Kekasih Menipu Kata Di rumah Ibu, Sebenarnya Keluar Dengan Lelaki Lain[Video]

Bohong kononnya ada di rumah ibu, lelaki kecewa dengan jawapan kekasih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan sebuah hubungan yang penuh dengan kejujuran kerana ia merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan keharmonian hubungan yang dibina.

Malah kita pasti akan patah hati dan sedih apabila melihat orang yang disayangi berlaku curang. Ia tambah memeritkan apabila ianya jelas disaksikan dengan mata sendiri.

Ditipu kekasih kata ada di rumah sebenarnya keluar bersama lelaki lain

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang kecewa apabila dirinya ditipu oleh kekasihnya yang sedang keluar bersama lelaki lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mhaidarruslan, lelaki itu yang sedang menunggu wanita berkenaan di hadapan sebuah kedai minuman telah bertindak untuk menghubungi kekasihnya itu untuk bertanya akan keberadaanya.

@mhaidarruslan

curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral

♬ bunyi asal – Haidar – Haidar

‘Dekat rumah tolong mak’

Wanita itu yang kemudian tanpa rasa bersalah telah berbohong dengan menyatakan dia kini kononya berada di rumah sedang menolong ibunya kerana mempunyai saudara yang akan berkunjung untuk berhari raya.

“Dekat rumah ni tengah tolong mak, ada saudara datang rumah nak beraya,” kata wanita itu.

Lelaki itu kecewa dengan jawapan yang diberikan wanita tersebut

Kecewa dan bergenang air mata dengan jawapan yang diberikan oleh wanita itu, dia kemudian bertanya sekali lagi adakah benar dia berada di rumah. Wanita itu tetap menjawab betul dia kini berada di rumah.

‘Sabar ya, nanti dia pula kena’

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dengan perkara yang menimpai lelaki itu dan memberi semangat kepada lelaki itu agar bertabah dan terus kuat.

Namun ada juga yang bersangka baik dengan menyatakan itu mungkin saudara kepada wanita itu.

‘Kuat ya, semoga jumpa yang lebih baik’

‘Mungkin saudara dia, positif’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.