fbpx
Now Reading
Malu ‘Terkantoi’ Curang, Gadis Maki Teman Lelaki Gemuk & Tiada Rupa

Malu ‘Terkantoi’ Curang, Gadis Maki Teman Lelaki Gemuk & Tiada Rupa

Menerusi perbualan itu, si gadis turut menggelarkan teman lelakinya miskin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada memuat naik artikel tentang satu video TikTok tular yang memperlihatkan ketabahan seorang lelaki bernama Haidar yang sebak sebaik mengetahui dirinya ditipu oleh teman wanitanya yang sedang keluar bersama lelaki lain.

Lebih sadis apabila penipuan gadis itu yang kononnya dia sedang berada di rumah untuk membantu ibunya dirakam dan ‘dikantoikan’ sendiri oleh lelaki ini bersama seorang rakannya di hadapan sebuah kedai minuman.

@mhaidarruslan curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral ♬ bunyi asal – Haidar

Baca artikel berkaitan : Kekasih Menipu Kata Di rumah Ibu, Sebenarnya Keluar Dengan Lelaki Lain [Video]

Terbaharu, pemuda ini tampil memuat naik satu lagi video rakaman memperlihatkan dia sedang menghubungi kekasihnya bagi meminta maaf kerana penularan isu berkenaan di media sosial.

Namun, permohonan maaf dan pujukan itu sama sekali tidak dilayan malah menaikkan kemarahannya kerana perbuatan terdahulu lelaki itu telah memalukan dirinya.

“Saya nak bagitahu awak yang saya nak minta maaf.”

“Minta maaf apa si*l, kau dah malukan aku satu Malaysia. Kau dah letak gambar aku. Hish kau ni,” kata gadis tersebut.

Hina fizikal dan tiada rupa

@mhaidarruslan Balas kepada @lin_korea93 AKU MASIH SAYANG KAN DIA #fyp#fypシ #fypage#fypviral ♬ bunyi asal – Haidar

Mungkin kerana terlalu marah dia kemudiannya menggunakan kata nista dan makian termasuk ‘body shaming’ terhadap lelaki tersebut.

“Awak beritahu saya, apa kurangnya saya. Awak beritahu, saya tak ada masalah,” tanya lelaki berkenaan kepada teman wanitanya.

Si gadis menerusi panggilan itu kemudian menjawab : ” Eh bod*h, bebal dengar sini. Kau miskin, dah lah gemuk rupa pun tak ada. Kau ingat setaraf ke dengan aku. Banyak lagi lelaki better daripada kau. Kau jangan buang masa aku boleh.”


Dapat dilihat pada penghujung video tersebut riak lelaki berubah menjadi begitu suram dan cuba menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Netizen memihak kepada lelaki berkenaan

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memihak kepada lelaki berkenaan. Ramai yang turut menasihatkannya untuk mencari pengganti yang lebih sesuai.

Malah ada yang meluahkan rasa berang dengan penggunaan bahasa kasar oleh gadis itu apabila dia bertindak menghina rupa paras dan status kewangan kekasihnya walhal dia sebelum itu sudah jelas terkantoi curang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.