fbpx
Now Reading
Ralph Lauren Didakwa Meniru Rekaan Busana, Datuk Zang Toi Anggap Sebagai Satu Sanjungan
Datuk Zang Toi

Ralph Lauren Didakwa Meniru Rekaan Busana, Datuk Zang Toi Anggap Sebagai Satu Sanjungan

Datuk Zang Toi bagaimanapun menganggap ianya sebagai satu bentuk pujian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial apabila orang ramai mengatakan jenama terkenal Ralph Lauren telah meniru satu rekaan ikonik pereka fesyen dari Malaysia, Datuk Zang Toi yang diperagakan oleh Alicia Keys semasa Majlis Met Gala pada minggu lalu.

Busana yang dipakai oleh Alicia Keys itu menunjukkan rekaan bandar New York. Namun, idea tersebut telah dihasilkan oleh Zang Toi pada tahun 2020 semasa Minggu Fesyen New York. Idea itu bagaimanapun telah wujud sejak pada tahun 2009 lagi, di mana ia diperlihatkan pertama kali di CDFA Fashion Awards.

‘Jika anda seorang yang bagus, orang lain akan meniru anda’

Foto: IG Ralph Lauren

Menerusi laporan, anak kelahiran Kelantan itu memaklumkan bahawa persamaan hasil rekaan busana Ralph Lauren dengan miliknya itu diberitahu oleh peminatnya.

“Untuk satu jenama besar seperti Ralph Lauren untuk meniru seorang pereka dari sebuah pekan kecil di Malaysia adalah satu bentuk sanjungan. Ia adalah bukti jika anda bagus, orang lain akan meniru anda,” jelas Zang Toi.

Menurut Toi, dia gembira kerana ianya mendapat perhatian orang ramai dan mengakui dan percaya plagiat sememangnya menjadi masalah pada industri fesyen, namun beliau menganggap ia sebagai satu bentuk pujian.

Kongsi banyak gambar hasil rekaan New York

Beliau dalam masa sama turut berkongsi banyak gambar berkenaan rekaan New York yang dihasilkan dan sempat berseloroh mungkin selepas ini akan mengeluarkan rekaan busana bandar untuk Kuala Lumpur pula.

Kredit foto: IG Datuk Zang Toi / Alicia Keys

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.