fbpx
Now Reading
Bermula Dengan Modal RM2 Ribu, Jualan Ramly Burger Kini Cecah RM1 Billion
Ramly Burger

Bermula Dengan Modal RM2 Ribu, Jualan Ramly Burger Kini Cecah RM1 Billion

Siapa sangka bermodalkan wang simpanan, hasil usaha dan kesabaran sebuah jenama Ramly Burger kini mampu ke pasaran luar negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Makanan seperti burger sering kali menjadi pilihan orang ramai, terutama ketika waktu malam pasti ada yang akan mencari kedai-kedai menjual burger seperti di tepi jalan atau di restoran.

Bukan sahaja ia pantas untuk dimasak malah rasanya juga cukup sedap dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak hinggalah ke orang tua.

Namun, apabila bercerita tentang burger di tepi jalan sudah tentu yang terbayang di fikiran kita adalah burger kebanggaan rakyat Malaysia, Ramly Burger.

Tetapi tahukan anda kisah disebalik kejayaan jenama Ramly Burger ini?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @Richardker telah berkongsi tentang kejayaan pemilik jenama Ramly Burger yang memulakan perniagaan dengan wang simpananya.

Mula dengan RM2 ribu hingga jualan cecah RM1 Billion

Perniagaan Ramly Burger ini dikatakan bermula dengan modal RM2,000 dari hasil simpananya yang kemudian membuat daging burger sendiri sehingga jualannya mencecah RM1 billion sebelum pandemik berlaku.

Pengasas Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr. Haji Ramly Mokni merupakan seorang pekerja di pasar raya pada tahun 1978 dan ketika itu rata-rata pelanggan banyak mencari produk kepingan daging burger yang dikeluarkan oleh bumiputera.

Namun, pada waktu itu pengeluaran makanan daripada bumiputera tidak begitu dikenali dan dalam masa yang sama pelanggan jug bimbang sekiranya kepingan daging burger yang dijual di pasar raya tidak halal.

permohonan pinjaman ditolak MARA

Ramly bersama isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap kemudian membuat keputusan untuk membuat kepingan daging burger yang halal dan membuat permohonan pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Akan tetapi, permohonan itu ditolak oleh MARA dan beliau beranggapan mungkin tidak ramai orang yang mengemari burger pada ketika itu. Beliau kemudian hanya menggunakan wang simpanannya sahaja sebanyak RM2,000.

Setiap hari beliau membuat sebanyak 200 kepingan daging namun masih tiada orang yang berminat untuk makan burger pada ketika itu.

Tak putus asa, Ramly buka gerai burger dan mula menjual

Tidak mudah berputus asa, anak kelahiran Perak ini mengambil keputusan untuk membuka sebuah gerai berdekatan Chow Kit dan mula menjual burger yang sudah dimasak serta kepingan daging burger mentah di gerai berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia turut mengolah resepi burger keluarannya agar ia bersesuaian dengan selera masyarakat tempatan sehingga menjadi terkenal dan membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada tahun 1984.

Dalam masa lima tahun sahaja, kilang yang dibina oleh Ramly telah mencapai tahap kapasiti maksimum justeru dia terpaksa membuka satu lagi kilang yang lebih besar di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pengeluaran kepingan daging meningkat sehingga 1 juta setiap hari

Hasil daripada pembukaan kilang itu, pengeluaran kepingan daging mula meningkat sehingga 1 juta setiap hari. Beliau kemudian mula menambah produk makanan lain untuk dijual seperti bebola daging, nugget, sosej, daging cincang serta banyak lagi.

DDisebabkan perniagaan yang terus berkembang maju, Ramly pada 2018 telah membuka satu lagi kilang yakni yang terbesar miliknya di Pulau Indah, Selangor.

Kos membuka kilang yang berkeluasan 5.6 ekar dengan kemudahan moden ini menelan belanja sebanyak RM275 juta melalui pinjaman daripada Agro Bank dan Bank Pembangunan Malaysia.

Ramly telah bantu ramai usahawan makanan untuk jana pendapatan

Ramly bagaimanapun percaya bahawa makanan dan pertanian adalah baik untuk masa depan dan beliau telah membantu ramai usahawan makanan untuk menjana pendapatan.

Lebih menarik lagi, selain mempunyai kedai makanan, bistro dan pasar raya di seluruh negara, produknya kini telah dieksport sehingga ke luar negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.