fbpx
Now Reading
Wartawan LA Times Kelahiran Malaysia Menang Hadiah Pulitzer

Wartawan LA Times Kelahiran Malaysia Menang Hadiah Pulitzer

Anugerah ini sekaligus menjadi Macrus Yam sebagai wartawan pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah fotografi berprestij tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai rakyat yang cintakan negara, kebanyakan rakyat Malaysia seperti anda dan kami pasti akan berasa bangga apabila ada di kalangan kita yang mencipta nama di luar.

Tidak kira agama dan bangsa, sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mengangkat nama negara di arena antarabangsa pasti akan membuatkan majoriti kita berasa bangga.

Terbaharu, seorang wartawan merangkap jurugambar Los Angeles Times (LA Times) yang berasal dari Malaysia mencipta nama selepas memenangi Hadiah Pulitzer 2020 bagi kategori foto berita.

Menurut laporan LA Times, Marcus Yam yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia memenangi anugerah tersebut bagi foto yang dirakamnya sewaktu kejatuhan kerajaan Afghanistan kepada pejuang Taliban pada Ogos 2021.

“Walaupun anugerah ini adalah untuk hasil fotografinya, apa yang turut mengagumkan ialah kebolehannya melakukannya dalam situasi yang sukar dijangka,” tulis Pengarah Eksekutif Fotografi LA Times, Calvin Hom.

Tambah Hom, Marcus yang merupakan graduan lepasan University of Buffalo, New York dan Ohio University begitu berfikiran terbuka dan begitu hebat apabila mampu membidik bagi berkongsi suasana huru-hara di sana ekoran dari penamatan pendudukan AS selama 20 tahun di Afghanistan.

Malah keberaniannya untuk terus tinggal di sana di saat ramai Editor LA Times yang mahukan dia pulang atas faktor keselamatan membuatkan dia disanjung ramai.

Dia juga dilaporkan berjaya mengambil foto-foto tersebut meskipun dikawal ketat oleh pejuang Taliban.

Foto : FB Marcus Yam

Anugerah ini sekaligus menjadi Macrus Yam sebagai wartawan pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah fotografi tersebut dan jurufoto keenam bagi LA Times.

Menerusi pemerhatian kami di laman Instagram dan Facebook Marcus, dia banyak menjalankan tugas kewartawanan di Asia Tengah dan Timur Tengah antaranya di Afghanistan, Palestin, Lubnan, Iraq dan banyak lagi wilayah yang bergolak termasuk Ukraine.

Sebagai info, Marcus Yam mula beralih dengan menyertai kumpulan wartawan luar negara LA Times pada Disember 2020. Dia yang mula berkhidmat bersama agensi itu sejak 2014 kemudiannya ditempatkan di Seoul, Korea Selatan sebelum dihantar ke Beijing. Dia juga bertanggungjawab untuk menyampaikan berita di negara Asia Pasifik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.