fbpx
Now Reading
BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 2%, Ini Kesannya Terhadap Kita

BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 2%, Ini Kesannya Terhadap Kita

Ini kerana kadar Base Lending Rate (BLR), Base Financing Rate (BFR – untuk perbankan islam) dan Base Rate (BR) yang dikawal oleh pihak Bank sememangnya sangat-sangat bergantung kepada OPR ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Bank Negara Malaysia (BNM) semalam (11 Mei) mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), sebanyak 25 mata asas kepada 2%.

BNM dalam satu kenyataan berkata, keputusan menaikkan kadar tersebut dilakukan sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM yang berlangsung pada hari sama.

Bank pusat itu turut memaklumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR juga telah dinaikkan masing-masing kepada kepada 2.25% dan 1.75%.

Baca artikel berkaitan : BNM Umum Naikkan OPR Dari 1.75 Kepada 2%

Persoalan yang pastinya timbul ialah apa kesannya kepada orang ramai?

Secara ringkasnya, apabila berlaku kenaikan, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Namun bagi orang awam khususnya peminjam, seiring dengan kenaikan tersebut maka bank-bank lain akan turut menaikkan kadar faedah yang mereka guna pakai dalam perjanjian dengan kita sebagai peminjam.

Ini kerana Base Lending Rate (BLR), Base Financing Rate (BFR – untuk perbankan islam) dan Base Rate (BR) yang dikawal oleh pihak Bank sememangnya sangat-sangat bergantung kepada OPR ini.

Bank pula akan menentukan kadar BLR atau BFR dan BR, berdasarkan kos dana dalaman (“internal cost of fund”).

Apa itu Internal Cost Of FUnd?

Internal cost of fund ini adalah kos yang ditanggung oleh pihak bank bagi membolehkan mereka meminjam/ menjana dana/ membiaya para pelanggan bank mereka yang mengambil pembiayaan atau pinjaman.

Foto : Pexels

Kesan terhadap peminjam

Justeru ia akan memberikan beberapa kesan ‘kecil’ terhadap peminjam antaranya :

1) Tempoh pembayaran menjadi lebih panjang atau
2) Kadar pembayaran bulanan akan tinggi sedikit sekiranya pinjaman berdasarkan floating rate. Ini termasuklah pinjaman perumahan, ASB Financing dll.)
3) Kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank juga akan diperketatkan.

Walau bagaimanapun kenaikan ini tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap pembiayaan yang menggunakan ‘fixed rate’.

OPR sebelum ini diturunkan beberapa kali

Sebagai maklumat anda, BNM sebelum ini telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak beberapa kali ekoran dari beberapa faktor termasuk penularan wabak Covid-19 iaitu dari 3.25% ke 1.75%.

Banyak juga kan?

Foto : BNM

Kenapa dinaikkan semula?

Keputusan BNM ini walaupun dilihat agak kurang popular, namun ianya agak tepat dan perlu dilakukan BNM demi mengurangkan impak inflasi selain mengukuhkan semula nilai Ringgit.

Kenaikan ini juga sebagai isyarat yang kita mengajak pelabur asing masuk ke Malaysia, sebab interest rate kita bagus untuk memberikan keuntungan buat mereka.

Selain itu dengan kenaikan OPR ini, orang ramai akan menyimpan duit di dalam akaun simpanan sekaligus kurang membuat pembiayaan.

Jadi apa yang perlu anda dan kami lakukan?

Sebaiknya semak kembali perbelanjaan bulanan anda. Buat anda yang mungkin terlepas pandang, periksa sama ada anda pembiayaan anda berbentuk floating rate (kadar terapung) atau fixed rate (kadar tetap).

Kebiasaannya pembiayaan peribadi (personal loan) dan pembiayaan kereta adalah menggunakan fixed rate manakala housing loan dan ASB Financing adalah sebaliknya.

Sekiranya ada kenaikan, jangan terkurang bayar kerana ini akan memberikan kesan kepada rekod CCRIS dan CTOS anda.

Selain itu, lebihkan berjimat dan elak dari menjadi terlalu boros.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.