Lelaki Ini Dikecam Netizen Kerana Kahwin Walau Tahu Isteri Tak Reda 100% [Video]

Perkataan ‘poligami’ atau ‘kahwin lagi’ boleh dikatakan sebagai antara perkataan yang sensitif untuk pasangan yang sudah berkahwin terutama sekali kepada para isteri.

Ini kerana siapa sahaja yang sanggup berkongsi kasih suami yang tercinta dengan orang ketiga. Malah setiap kali perkataan itu diungkapkan ia mungkin mendatangkan pergaduhan yang besar untuk sebuah perhubungan.

Namun, tidak dinafikan terdapat juga para isteri yang menerima konsep tersebut dengan hati yang terbuka dan ada juga yang menyatakan jika perkara itu dipersetujui oleh isteri pasti mempunyai alasan yang tertentu.

Izin suami kawin satu lagi

@helmi_juhari

Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tgh sedih. #poligami #kawindua #sunnah

♬ Can We Kiss Forever? – Kina

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial TikTok yang memaparkan seorang isteri yang sedang sibuk memilih barang rombongan untuk pergi meminang bakal madunya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @helmi_juhari, dia memaklumkan bahawa dia telah diizikan oleh isterinya untuk bernikah lagi.

Siap ajak beli barang persiapan untuk meminang

Malah apa yang lebih menarik isterinya itu turut mengajaknya untuk membeli barang persiapan yang diperlukan untuk dibawa ketika rombongan meminang nanti.

Menurut Helmi, dia sedar bahawa meskipun wanita itu memberi izin untuk bernikah lagi tetapi hati isterinya itu tidak redha sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

“Bini aku bagi izin kawin satu lagi. Siap ajak beli barang rombongan meminang lagi.

“Tapi aku tahu, hati dia tak reda 100%. Sebab berkongsi suami adalah sukar bagi setiap wanita.

“Lepas ni aku kena pastikan aku berlaku adil,” katanya di dalam video tersebut.

Cuba pamerkan keceriaan pada suami

Menerusi ruang kapsyen lelaki tersebut berkata wanita itu turut cuba menunjukkan keceriaannya sedangkan dia tahu bahawa wanita itu sedang bersedih.

Video tersebut bagaimanapun telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tetap mahu meneruskan hasratnya untuk berkahwin lagi sedangkan dia sedar hati isterinya itu sedih.

Malah meninjau di ruang komen turut ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan terdapat juga yang takut untuk mendirikan rumah tangga kerana perkara sebegini.

‘Dah tahu sedih tapi buat jugak’

‘Sifat marah saya tak boleh nak kawal isu ni’

‘Salah satu sebab saya tak nak berkahwin’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago