fbpx
Now Reading
‘Saya Sakit Kepala, Tapi Akan Turut Arahan”- Isu MV Raya, Vida Dipanggil SKMM

‘Saya Sakit Kepala, Tapi Akan Turut Arahan”- Isu MV Raya, Vida Dipanggil SKMM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya selepas Aliff Syukri, kini giliran Datuk Seri Vida pula dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran dari kontroversi video muzik (MV) Muah Muah Raya.

Dia yang tampil menerusi satu video di Instagram memaklumkan akan mengikut arahan tersebut selepas ada pihak yang melaporkan tentang MV tersebut kepada pihak berkuasa.

Tambahnya dia sudah cuba untuk tidak mempromosikan MV berkenaan selepas Aliff dipanggil membabitkan perkara sama.

“Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini,” kata Vida.

“Apa yang saya buat itu sebagai hiburan sahaja”

“Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu.

“Saya ini pun sedang dalam keadaan tak sihat. Sakit kepala tapi saya akan turuti arahan SKMM itu. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan,” kata Vida.

Terdahulu Vida dikecam hebat netizen gara-gara menghasilkan MV Muah Muah Raya yang disifatkan tidak sesuai dengan Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana video itu dilihat memaparkan unsur drag queen sehingga ada yang mendakwa dia cuba mempromosikan budaya songsang LGBTQ.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.