fbpx
Now Reading
“Israel Mesti Bertanggungjawab” -Malaysia Kutuk Keras Pembunuhan Wartawan Al Jazeera

“Israel Mesti Bertanggungjawab” -Malaysia Kutuk Keras Pembunuhan Wartawan Al Jazeera

Beliau berpendapat, perbuatan itu jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita mengenai kematian wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh, 51 yang maut ditembak ternyata menggemparkan seluruh dunia.

Apa yang menaikkan kemarahan orang ramai apabila beliau ditembak menggunakan peluru hidup sewaktu sedang membuat liputan mengenai serangan tentera rejim Israel  di sebuah khemah pelarian di bandar Jenin berhampiran Tebing Barat, Palestin.

Tambah lebih mendukacitakan apabila Al Jazeera melaporkan Shireen sewaktu ditembak dilihat dengan jelas menggunakan vest wartawan yang terpampang perkataan ‘Press’.

Terbaharu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu yang disifatkan beliau sebagai tidak wajar.

Jelas perlihatkan jenayah oleh Rejim Israel

Beliau menerusi satu ciapan di Twitter berpendapat, perbuatan itu jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin.

“Pembunuhan yang tidak wajar berlaku ini adalah satu jenayah kejam, ia mempamerkan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” tegas beliau di dalam ucapan itu.

Semalam, jenazah Shireen selamat tiba di kediaman rasmi Presiden Palestin di Ramallah. Beliau dijangka akan dikebumikan di Baitulmaqdis yang juga merupakan kota kelahirannya.

Sebagai info, selain Shireen, seorang lagi wartawan Al Jazeera, Ali Samoudi turut tercedera terkena tembakan dan kini sedang dirawat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.