fbpx
Kisah Nike

Kisah Nike Sebelum Jadi Jenama Meletop Dan Dikenali Ramai [Video]

Jenama Nike ini bukan sahaja terkenal dengan barangan sukan malah mereka juga telah melangkah lebih jauh dalam dunia fesyen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasut merupakan salah satu kelengkapan penting yang digunakan oleh manusia ketika berjalan. Malah ada juga segelintir individu yang mempunyai hobi mengumpul kasut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk sepasang kasut yang berjenama.

Namun apabila memilih kasut, selain memastikan ia selesa untuk dipakai kita juga pasti mahu sepasang kasut yang tahan lasak agar ia boleh digunakan dalam jangka waktu yang lebih lama.

Bercerita tentang kasut ini, pasti kita cukup kenal dengan jenama kasut Nike. Malah jenama ini juga sering kita lihat berada di pusat membeli belah dan harganya juga bermula daripada ratusan ringgit hinggalah kepada ribuan ringgi.

Namun, tahukah korang kisah di sebalik jenama Nike ini dan bagaimana mereka menjalankan pemasaran mereka sehingga jenama itu boleh meletop dan dikenali ramai?

Bermula dengan syarikat Ribbon Sports

Jenama Nike ini sebenarnya bermula pada tahun 1963 oleh Phill Knight dan Bill Bowerman, yang ketika itu nama syarikat mereka dikenali sebagai Blue Ribbon Sports.

Pada ketika itu syarikat Blue Ribbon Sports ini menjadi pengedar untuk kasut Onitsuka tiger, namun ia hanya bertahan sehingga tahun 1971 sahaja. Mereka kemudian berhenti menjual Onitsuka dan seterusnya menukar nama kepada Nike.

Bayar $35 untuk buat logo Nike

Apabila sudah bertukar nama kepada Nike mereka kemudian mengupah seorang pelajar kolej, Carolyn Davidson untuk membuat logo jenama berkenaan. Beliau juga dibayar sebanyak $35 sahaja pada ketika itu.

Namun, apa yang menarik pada tahun 1983 ketika jenama Nike telah mula dikenali ramai. Pengusahanya Phill Knight telah membayar semula Carolyn dengan memberi wanita itu sebentuk cincin emas yang berbentuk Nike berserta saham syarikat yang bernilai $600,000.

Haaa banyak bukan? Tetapi sebenarnya secara asas Nike ini merupakan sebuah jenama barangan sukan di mana mereka tidak hanya menjual kasut sahaja.Tapi mereka juga mempunyai barangan sukan lain seperti Nike Pro, Nike Football, Nike Running, Air Jordan untuk orang yang bermain bola keranjang, Nike Golf serta banyak lagi.

Bola keranjang naikkan nama Nike

Namun, apa yang membuatkan jenama Nike ini dikenali sebenarnya adalah kerana bola keranjang.

Jika korang membesar pada zaman 90-an korang pasti selalu nampak poster Michael Jordan dalam bidang sukan tersebut, kerana ketika itu adalah zaman kegemilangan beliau.

Pada awalnya, Michael Jordan enggan menjalinkan kolaborasi dengan jenama Nike kerana padanya kasut itu tidak sampai kepada jangkaannya.

Disebabkan beliau merupakan ‘king’ dalam sukan bola keranjang, Nike telah meletakkan logo ‘Jumpman’ yang melambangkan Michael Jordan.

Malah idea logo itu juga diinspirasikan daripada majalah Life pada tahun 1984 semasa sukan olimpik yang ketika itu beliau belum lagi ditaja oleh Nike.

Disebabkan perkara tersebut, Nike terpaksa untuk membuat semula sesi gambar tersebut dengan memakaikan Michael Jordan satu set pakaian Nike hanya untuk menjadikan ia sebagai logo ‘Jumpman’.

Saman menyebabkan Nike jadi terkenal

Jika anda seorang peminat sukan bola keranjang anda pasti tahu bahawa National Basketball Association (NBA) telah menetapkan 51% peraturan di mana pemain perlu memakai jersey dan warna kasut yang cerah.

Namun sikap Nike yang suka melawan telah muncul dengan kasut Nike yang berwarna merah dan hitam yang secara tidak langsung telah melawan peraturan yang dibuat oleh NBA.

Disebabkan perkara tersebut, MBA telah bertindak untuk menyaman Nike setiap kali Michael Jordan masuk ke kourt perlawanan.

Apa yang lebih menarik Nike sama sekali tidak mengganggap ia satu kerugian sebaliknya sebagai pemasaran agar jenama itu semakin dikenali dan sanggup membayar sebanyak $5,000 setiap kali disaman.

Nike melangkah lebih jauh dengan menembusi pasaran ‘High end fashion’

Walau bagaimanapun, jika dilihat kini kasut Nike bukan lagi sekadar kasut sukan semata-mata tetapi mereka telah masuk ke pasaran fesyen yang lebih tinggi, dan mempunyai kolaborasi bersama pereka terkenal seperti Virgil Abloh, John Elliot serta banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah ini:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.