fbpx
Now Reading
“Dia Claim Dia Supplier..” – Wanita Dakwa Kerugian Hampir RM50K, Ditipu Bekas Isteri Dai Farhan [Video]

“Dia Claim Dia Supplier..” – Wanita Dakwa Kerugian Hampir RM50K, Ditipu Bekas Isteri Dai Farhan [Video]

Wanita ini dalam masa sama turut mengakui sudah melantik peguam bagi mengheret Dr Erin ke mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agark lama kita tak dengar mengenai perkembangan bekas isteri pendakwah bebas, Dai Farhan iaitu Dr Erin.

Namun terbaharu, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim sekali lagi menjadi perbualan netizen selepas seorang pengguna Instagram membuat satu pendedahan yang mendakwa wanita itu telah menipunya.

Norsiyah Kasnawi menerusi satu muat naik di akaun Instagram @nor_rish mendakwa perbuatan tersebut menyebabkan dia kerugian puluhan ribu ringgit.

“Kisah penipuan! Jangan tertipulah dengan post-post proganda di Instagram tu. Hakikatnya semua fake! Perempuan ni memang suka sangat viral.

“So jom la bagi dia viral lagi. Dia pernah bagitau saya yang dia bercita-cita nk jd Yang Berhormat (YB). Siap cakap kalau dia jadi YB nak saya jadi Setiausaha Politik dia,” tulis wanita ini di ruangan kapsyen.

Foto : Dr Erin

Jumlah mencecah RM50k

Menerusi pendedahan video itu, Norsiyah mendakwa dia pada telah ditipu pada September tahun lalu sebanyak RM12,000 bagi urusan mengeluarkan sebuah produk skincare.

Dakwa Erin turut markup untuk urusan pendaftaran produk di KKM

Selain itu, Erin yang terkenal dengan gelaran Aura 19 turut memintanya sebanyak RM7,600 untuk pendaftaran dua produk di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak lama kemudiannya angka itu bertambah lagi RM12,000 selepas Erin memperkenalkannya dengan seorang rakan yang merupakan pembangun laman web bagi membina laman web syarikat kosmetiknya.

Meskipun sudah membayar penuh, laman berkenaan disiapkan tidak mengikut apa yang dijanjikan. Malah dakwanya, laman berkenaan sehingga kini belum lagi diserahkan kepadanya.

“Dia suruh saya bayar RM7,600 untuk 2 produk padahal KKM hanya charge RM500 sahaja. Overcharged saya sampai RM7,100. Perempuan ni juga siap beriya suruh saya hire kawan dia untuk bina website saya.

“Dia bagi saya quotation untuk 41 skop termasuk Currency Converter, Language Converter dan macam-macam lagi dengan harga RM12K dan janji bulan bintang. Tapi anda boleh tgk sendiri website tu, tak siap sampai sekarang padahal saya dah bayar habis RM12k tu dari awal bulan October 2021 lagi.

“Anda boleh tengok macam mana hasil keje Taufiq ni. Fyi sampai sekarang website tu tak pernah diserahkan kepada sy. Saya tak ada username n password untuk website tu pun. Duit dah ambik n dah bagi anak-anak makan lama dah tapi keje tak siap. Dua-dua jenis manusia makan duit haram,” luah wanita berkenaan.

Difahamkan Nor mula mengenali Erin sewaktu kisah pernikahan wanita itu dengan Farhan menjadi bahan bualan suatu ketika dahulu. Foto Via Boom

Dakwa Erin turut hutang RM13k

Malah dia mendakwa Erin turut meminjam duitnya sebanyak RM13,300 dan banyak berbohong yang kononnya dia mempunyai duit yang melimpah-ruah di dalam bank.

Menurut laporan Boom, Nor memaklumkan yang membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja, Klang dan menyerahkan pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut.

Dia dalam masa sama turut mengakui sudah melantik peguam bagi mengheret Erin ke mahkamah.

Difahamkan Nor mula mengenali Erin sewaktu kisah pernikahan wanita itu dengan Farhan menjadi bahan bualan suatu masa dahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.