fbpx
Now Reading
“Power kot!” – Trailer Mat Kilau Dapat Pujian Pengkritik Filem, Buat Ramai Tak Sabar Nak Tonton [Video]

“Power kot!” – Trailer Mat Kilau Dapat Pujian Pengkritik Filem, Buat Ramai Tak Sabar Nak Tonton [Video]

Zhaf menerusi satu video reaksi menyifatkan filem epik tersebut kini menjadi filem Top 1 kegemarannya buat masa ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Mei) bermulanya tayangan trailer bagi filem biografi epik, Mat Kilau arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof di YouTube.

Mula menjalani penggambaran pada tahun 2018, Mat Kilau akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 23 Jun 2022.

Yang menariknya, pelancaran trailer ini nyata bukan hanya menarik perhatian penggemar filem tempatan malah turut menjadi bualan netizen.

Ini kerana kualiti trailer filem tersebut yang mengagumkan selain jalan ceritanya yang diinspirasikan dari kisah pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau bersama ayahnya, Tok Gajah dan sahabat-sahabat yang bangkit menentang penjajah British di Tanah Melayu.

Turut dapat pujian ZhafVLog

Lebih mencuri tumpuan apabila trailer ini turut mendapat pujian melangit dari pengkritik filem bebas, ZhafVlog yang begitu terkenal dengan kelantangannya mengkritik mutu filem-filem tempatan.

Zhaf menerusi satu video reaksi menyifatkan filem epik tersebut kini menjadi filem Top 1 kegemarannya buat masa ini.

Mengakui masih banyak elemen dan shot KL Gangster yang dapat dilihat pada babak berlawan di dalam trailer filem tersebut, Zhaf bagaimanapun meluahkan rasa terujanya untuk menonton filem berkenaan.

“Ini mungkin menjadi (filem) no 1 kegemaran aku. Tak tahulah kalau ada filem-filem lain yang boleh cantas filem ni. Aku tak boleh nak bayangkan, ada ke yang boleh cantas filem ni.

“Angle shot semua cantik. Babak berlawan dia sangat power, walapun banyak ‘rempah ratus’ KL Gangster dalam filem ni, aku sumpah tak sabar nak tengok hasilnya. Lagi sebulan saja lagi,” kata Zhaf menerusi video reaksi tersebut.

Banyak pelakon A-List

Malah dia meluahkan rasa terujanya apabila melihat banyak pelakon hebat selain Dato Adi Putra yang turut membintangi filem berkenaan.

“Aku rasa semua orang tak sabar ni, ada Namron, Beto Kusyairi, Fattah Amin, dan Yayan Ruhian okay, mustahil la babak berlawan dia tak gempak,” kata Zhaf lagi.

Dia bagaimanapun dilihat tidak menyentuh mengenai isu color grading di dalam trailer tersebut yang disifatkan segelintir peminat filem agak moden dan tidak sama dengan filem epik lainnya seperti Merong Mahawangsa dan Puteri Gunung Ledang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja dan tak sabar mereka untuk menonton filem terbitan Kembara Studio dan Skop Productions itu.

Sebagai info, Mat Kilau yang menelan belanja sebanyak RM8 juta dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), Wan Hanafi Su (Tok Gajah) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Selain itu, filem itu turut diperkuatkan dengan penampilan pelakon ternama seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali (Imam Bottoqh) Namron (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.