fbpx
Now Reading
Wanita ‘Dirasuk’ Selepas Tonton Filem KKN Di Desa Penari [Video]

Wanita ‘Dirasuk’ Selepas Tonton Filem KKN Di Desa Penari [Video]

Kegembiraan menonton filem bertukar menjadi pengalaman seram yang tak akan dilupakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (16 Mei), tular di Tiktok satu video oleh seorang pengguna, @cekyanaofficial yang berkongsi pengalamannya menonton filem dari Seberrang iaitu KKN di Desa Penari di sebuah pusat beli belah di Putrajaya.

Menurut @cekyanaofficial atau lebih selesa dengan panggilan Cek Yana, sebaik selesai menonton, semua kelihatan seperti biasa di mana dia dan pekerja-pekerjanya yang turut hadir menyaksikannya langsung tidak berdepan apa-apa pengalaman pelik.

Namun begitu, terdapat perubahan pada salah seorang pekerjanya yang secara tiba-tiba mendiamkan diri. Dia bagaimanapun merasakan pekerjanya itu hanya kepenatan.

Keesokan paginya, mereka terdengar ada bunyi nyanyian ketika wanita itu sedang mandi. Dan setelah diteliti semula, lagu nyanyian tersebut sama seperti lagu yang dimainkan dalam filem tersebut.

Tidak menunggu lama, mereka terus memanggil ustaz bagi mengubati wanita tersebut. Tindakan pantas mereka memanggil ustaz telah membuahkan hasil apabila wanita tersebut akhirnya berjaya diubati.

@cekyanaofficial siapa yg kosong tu xyah lah g tgk. benda tu mrah dia ckp korang kcau dia . #fyp #fypシ #fypmalaysia ♬ Breakbeats Bang Jono – Bowo Selalu Kane😎🤙

Menurut ustaz tersebut, kemungkinan mereka ada menyeru tanpa sengaja hingga menyebabkan semangat kesuma wanita tersebut telah dibawa ke alam yang lain.

Menurut Cek Yana lagi, apa yang lebih menghairankan adalah ustaz tersebut mampu bercerita mengenai gangguan yang menimpa wanita berkenaan walhal beliau belum pernah menonton filem berkenaan.

@cekyanaofficial Reply to @naziainia ♬ Dhat – From KKN Di Desa Penari – Kinanti & Madukina

Lebih mengejutkan apabila, apa yang digambarkannya sama seperti jalan cerita di dalam filem itu.

Bukan kerasukan tapi hilang semangat

Namun Cek Yana menjelaskan ia bukanlah satu kerasukan, sebaliknya ‘Kesurupan’ atau hilang semangat gara-gara menonton filem tersebut.

“Dia bukan dirasuk, tapi apabila semangatnya diambil, badan menjadi tidak bermaya. Dia menjadi seperti ‘lifeless’ dan tersenyum lebar seperti watak Joker.”

Kata Cek Yana kepada BuzzKini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.