fbpx
Now Reading
10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Presiden Jokowi Untuk Memodenkan Indonesia
10 perkara yang dilakukan Jokowi untuk memodenkan Malaysia

10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Presiden Jokowi Untuk Memodenkan Indonesia

Presiden Indonesia ini telah melakukan 10 perkara ini dalam usahanya membangunkan Indonesia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Presiden Indonesia, Joko Widowo telah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke kilang SpaceX milik usahawan dan lelaki terkaya di dunia, Elon Musk.

Susulan daripada lawatan tersebut, Joko Widowo atau lebih dikenali sebagai Jokowi memaklumkan bahawa beliau berminat untuk mengambil peluang bekerjasama dengan usahawan tersebut di masa hadapan.

Usaha yang dilakukan ini mendapat sambutan yang baik oleh Musk, dan ia secara tidak langsung membantu negara untuk membangun dengan lebih pesat lagi.

Namun tahukah anda siapakah sebenarnya presiden ke-7 Indonesia ini dan apa yang telah dilakukan oleh beliau untuk memodenkan negaranya?

Jokowi pernah miliki kilang perabut

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh @richardjer, Jokowi sebelum ini dikatakan pernah memiliki sebuah kilang perabot, sikapnya yang santai membuatkan dia sering menaiki kapal terbang dengan hanya menaiki kelas ekonomi sahaja.

Beliau juga dikenali sebagai salah seorang pemimpin yang terkenal, progresif serta berwawasan di Asia dan beliau merupakan presiden Indonesia yang pertama bukan berasal dari latar belakang politik atau dari ketenteraan.

Malah sebelum kerajayanya sebagai seorang politik, beliau merupakan seorang industrial, ahli perniagaan, datuk bandar dan juga seorang gabenor.

Di dalam membangunkan negaranya, Jokowi telah memberi tumpuan dalam pembangunan seperti infrastruktur, modal insan serta teknologi untuk memodenkan Indonesia.

Selain itu, beliau juga kini dalam usaha mengembangkan jalan, kereta api, pelabuhan laut, pembangunan lapangan terbang serta pengairan.

Pada tahun 2016, sebanyak $22 billion Amerika Syarikat (AS) telah diperuntukkan untuk infrastruktur, dan ia merupakan jumlah yang besar dalam sejarah Indonesia.

Antara 10 pembangunan yang dilakukan oleh Jokowi dalam memodenkan Indonesia adalah:

  1. Rel Berkelajuan Tinggi (HSR)

Ia merupakan HSR pertama Indonesia yang juga dikenali sebagai KCIC (Kereta Cepat Indonesia China).

Treknya sepanjang 142km telah menghubungkan Jakarta dan Bandung dengan masa perjalanan lebih kurang 45 minit.

Ia dijangka siap pada penghujung 2022 dan dalam rancangan untuk dilebarkan hingga ke Surabaya.

2. Nusantara – Ibu Kota Baru Indonesia

Ibu negara baru ini sedang dibina di Kalimantan Timur di Pulau Borneo dan bakal siap menjelang tahun 2024.

Ibu kota baharu itu akan terletak di sebahagian Kabupaten Penajam Paser Utara dan sebahagian Kabupaten Kutai Kertanegara. Kos bagi membuat ibu kota ini dijangka melebihi AS$33bilion.

3. Terminal 4 Lapangan Terbang Jakarta

Pelan kini masih lagi dalam peringkat cadangan reka bentuk daripada pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa.

Terminal ini akan dibina di atas tanah seluas 130 hektar dan akan memberi perkhidmatan kepada 45 juta penumpang setiap tahun.

Malah menurut laporan berita terdahulu, ia dijangka siap pada tahun 2024.

4. Laluan Rel Lapangan Terbang Soekarno- Hatta

Jakarta telah melancarkan perkhidmatan itu pada tahun 2018. Masa perjalanan selama 55 minit, dapat mengurangkan masa pemanduan sebanyak separuh atau lebih.

5. Jakarta LRT &MRT

Jakarta kini mempunyai 10 juta penduduk dan lebih daripada empat juta penduduk di sekitar kawasan Jakarta Raya berulang alik pada setiap hari.

Oleh itu, sistem LRT dan MRT Jakarta yang dilancarkan pada tahun 2019 telah membantu dalam menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas.

6. Lebuh raya

Indonesia telah membina ribuan kilometer lebuh raya yang merangkumi:

  • Lebuh raya Trans-Papua (siap)
  • Tol Trans-Jawa (siap)
  • Tol Trans – Sumatra (siap pada 2024)

7. Program Tol Laut

Program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan perbezaan harga antara pulau-pulau utama Indonesia dan pulau-pulau kecil.

Ia dilancarkan pada tahun 2015, turut terlibat dalam pembinaan pelabuhan kontena baharu di kawasan yang lebih kecil di seluruh negara.

8. Lantik pemain industri yang juga pengasas Gojek jadi Menteri

Nadiem Anwar Makarim, yang lahir pada 1984 kini merupakan seorang Menteri pendidikan, kebudayaan, penyelidikan dan teknologi.

Beliau merupakan pengasas kepada perkhidmatan Gojek, syarikat permulaan teknologi pertama Indonesia yang bernilai lebih AS$10 bilion.

Jokowi kemudian telah melantiknya sebagai Menteri pada Oktober 2019.

9. Janji Perubahan Iklim

Pada November 2021, Jokowi telah berjanji untuk menamatkan penebangan hutan di Indonesia menjelang pada tahun 2030 dalam perjanjian pertama sidang kemuncak iklim COP26.

10. Menarik Syarikat Teknologi

Presiden Indonesia itu telah melaksanakan pelepasan cukai berskala besar dalam usaha untuk memupuk lebih banyak syarikat teknologi dan menarik syarikat teknologi yang besar untuk melabur.

Malah pada dua hari yang lalu, Jokowi telah bertemu dengan Elon Musk Tesla di Texas yang mungkin untuk menyediakan kilang atau kemudahan R&D di Indonesia.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebahagian daripada apa yang telah dilakukan oleh Jokowi untuk rakyat dan negaranya.

Diramal jadi negara ekonomi ke-4 terbesar

Indonesia juga diramalkan bakal menjadi ekonomi yang ke-4 terbesar di dunia menjelang pada tahun 2045. Perkara ini juga menunjukkan pemimpin dengan latar belakang keusahawanan benar-benar mampu memacu sesuatu yang positif di masa hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.