fbpx
Now Reading
Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k

Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k

Di dalam posting sama, individu berkenaan turut mendakwa data ini adalah sumber terkini yang diambil dari myIDENTITY API, sama seperti kejadian tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar September tahun lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan tangkap layar sebuah iklan di laman online yang menawarkan data peribadi milik lebih 4 juta rakyat Malaysia.

Menerusi tangkap layar tersebut, penjual mendakwa data tersebut diperolehi dari API yang digunakan myIDENTITI.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemudiannya mengesahkan tiada sebarang kebocoran atau penjualan data dari myIDENTITY.

Baca artikel berkaitan :

Pangkalan Data 4 Juta Rakyat Malaysia Dalam JPN Disenarai Untuk Dijual

JPN Sahkan Tiada Kebocoran Data – Menteri Dalam Negeri

Namun terbaharu, kumpulan penggodam sama dilihat tampil sekali lagi mendakwa mereka kini mempunyai data peribadi milik 22.5 juta rakyat Malaysia yang berjaya dicuri daripada JPN.

Ditawarkan pada harga US$10,000 dalam nilai Bitcoin

Menerusi laporan Lowyat, penawaran data dengan harga US$10,000 (RM44,000) ini dilakukan kumpulan berkenaan di sebuah laman pasaran pangkalan data online terkenal sehingga ianya mudah diakes oleh orang ramai.

Difahamkan kesemua data-data ini melibatkan orang dewasa yang lahir dari tahun 1940 sehinggalah 2004.

“Sebelum ini kami jual 4 juta data rakyat Malaysia, tapi kali ini kami bocorkan semua data orang dewasa di Malaysia tanpa ada yang tertinggal,” tulis penjual tersebut.

Menerusi iklan sama, penjual tersebut dilihat menawarkan data peribadi lengkap bersaiz 160GB yang lengkap dengan butiran utama seperti nama penuh, nombor kad pengenalan (MyKad), tarikh lahir, alamat rumah, jantina dan nombor telefon berdaftar.

Di dalam posting sama, individu berkenaan turut mendakwa data ini adalah sumber terkini yang diambil dari myIDENTITY API milik JPN, sama seperti kejadian tahun lalu.

Siap tunjuk contoh data guna info Menteri KDN

Bagi membuktikan kata-kata mereka, individu berkenaan turut mempamerkan maklumat peribadi milik Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin sebagai ‘contoh’ di dalam penyenaraian tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JPN.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.