fbpx
Now Reading
Luar Rumah Nampak Usang, Dalam Macam Hotel 5 Star [Video]

Luar Rumah Nampak Usang, Dalam Macam Hotel 5 Star [Video]

Jangan pernah kita menilai sesuatu daripada luarannya sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persepsi masyarakat apabila melihat rumah usang atau setinggan pasti terbayangkan keadaan di dalamnya sama seperti luaran yang kelihatan sedikit daif dan tidak secantik rumah-rumah yang lain.

Namun melalui perkongsian yang dimuat naik di akaun Tiktok @salahuddinmazelan keadaan dilihat sedikit berbeza dengan apa yang berlaku pada sebuah rumah usang yang terletak di Kuala Terangganu ini.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika kita mempunyai keinginan pasti kita akan berusaha sehabis baik untuk merealisasikannya.

Di dalam video tersebut, ruangan dalam rumah usang milik seorang lelaki warga emas ini sebenarnya begitu indah, sama seperti yang diterapkan kebanyakan rumah-rumah dan juga hotel mewah.

Tandas macam istana

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Apa yang lebih mengejutkan adalah ruang tandas di rumah berkenaan yang jelas kelihatan seumpama istana dengan reka bentuk serta pemilihan warna yang keemasan.

Apa yang lebih mencuit hati apabila komen yang diberikan oleh netizen yang kelihatan terkejut dan tidak menyangka dalamnnya kelihatan begitu mewah.

Setakat artikel ini ditulis, video yang berdurasi 1 minit itu telah mendapat perkongsian sebanyak 36k dan 427k tanda suka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.