fbpx
Now Reading
Wajah Siti Nurhaliza Terpampang Di Billboard New York Times Square

Wajah Siti Nurhaliza Terpampang Di Billboard New York Times Square

Menurut Siti, penampilannya itu sebagai mewakili negara bersempena dengan kempen EQUAL oleh syarikat penstriman digital popular, Spotify.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila wajahnya terpampang di papan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Beliau yang tampil menerusi satu perkongsian di Instagram meluahkan rasa syukur dan terharunya kerana diberi peluang itu.

Menurut Siti, penampilannya itu sebagai mewakili negara bersempena dengan kempen EQUAL oleh syarikat penstriman digital popular, Spotify.

“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia,” tulis Siti.

Menurut Siti Nurhaliza lagi, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara di mana penampilan beliau adalah bagi mewakili Malaysia dan juga Singapura.

Sebelum beliau, empat lagi selebriti wanita tempatan yang pernah menghiasi papan billboard tersebut adalah Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.