
Wanita Berpakaian Serba Putih Ketuk Pintu Rumah Orang Minta Duit Hingga Tengah Malam [Video]
Wanita yang berpakaian serba putih itu bagaimanapun dipercayai mempunyai masalah gangguan mental.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penduduk warga Lampung, Indonesia digemparkan dengan kehadiran seorang wanita misteri yang berpakaian serba putih mengetuk pintu rumah hingga tengah malam untuk meminta sumbangan.
Aktiviti wanita tersebut bagaimanapun telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut resah dan takut akan kehadirannya.
Malah tindakan wanita dikenali sebagai Nurhayati Sarni berasal dari Pringsewu yang memakai jubah putih dan berkaca mata hitam, bersiar-siar dari satu rumah ke rumah lain turut tular di media sosial, lapor Tribunnews.
@pringsewuupdate Manusia Jubah Putih Pringsewu Udah Diamanin Pak Polisi Polsek Sukoharjo, Pringsewu, Lampung #fyp #fypシ #pringsewu #pringsewulampung #misteri #lampung
♬ Breakbeats Bang Jono – SZ.Bowo😎🤙
Ada masalah gangguan mental
Menerusi laporan Kompas.com, Ketua Polis Pringsewu, Rio Cahowidi memaklumkan Nurhayati telah ditahan oleh pihak polis dan dia turut disyaki mempunyai masalah gangguan mental.
“Buat masa ini kami telah mendapatkannya dan kami sedang membuat siasatan, pada masa sama kami akan berkomunikasi dengan keluarga suspek supaya keluarga juga dapat mengambil langkah seterusnya,” kata Rio.
Ketuk pintu sebab nak minta bantuan, polis sifatkan bukan satu jenayah
Menerusi maklumat yang diperolehi, Nurhayati yang sudah bercerai melakukan tindakan tersebut untuk meminta bantuan daripada masyarakat.
Difahamkan wanita itu yang tidak mempunyai pekerjaan dan telah berhutang sehingga puluhan juta Rupiah daripada beberapa permohonan pinjaman dalam talian. Oleh kerana, terdesak dia kemudian pergi rumah ke rumah untuk mendapatkan sumbangan.
“Motifnya untuk meminta bantuan penduduk sekitar Gading Rejo dan Sukoharjo.
Minta sumbangan sejak setahun yang lalu
“Aktiviti meminta sumbangan itu telah dijalankan dalam tempoh setahun lalu, dan digunakan untuk melunaskan hutang 11 permohonan pinjaman dalam talian yang berjumlah Rp 39 juta (RM11,700),” jelas Rio lagi.
Tambah beliau lagi, tindakan Nurhayati bukanlah satu perbuatan jenayah. Namun, ia menakutkan penduduk kerana berpakaian tertutup, bertudung serta berkaca mata hitam.
Wanita itu telah memohon maaf
Sementara itu, menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Lampung, Kombes Zahwani Pandra Arsyad wanita itu telah dipulangkan kepada keluarganya selepas disiasat dan turut memohon maaf atas apa yang berlaku.
“Keluarga dan ketua kampungnya sudah hadir. Dia sudah membuat kenyataan memohon maaf atas kejadian ini, dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu,” ulas Zahwani Pandra.
@pringsewuupdate Klarifikasi Permintaan Maaf Nurhayati (Jubah Putih) Pringsewu yang telah meresahkan warga Lampung khususnya Warga Kabupaten Pringsewu | 📽️: humaspolrespringsewu #pringsewu #lampung #pringsewuupdate #klarifikasi #peristiwa #fyp #fypシ
♬ suara asli – pringsewuupdate – pringsewuupdate