fbpx

Isu Tular Data 22 Juta Rakyat Malaysia Bocor, Menteri KDN Sahkan Ia Bukan Dari JPN

Jelas Hamzah, KDN sedang menyiasat perkara tersebut dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, dunia teknologi tempatan digemparkan dengan dakwaan berlaku kebocoran data peribadi melibatkan 22.5 juta rakyat Malaysia yang dijual secara terbuka di sebuah laman online yang diambil dari API myIDENTITI milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menerusi penyenaraian tersebut, kumpulan penggodam berkenaan mendakwa ini merupakan data terbaharu yang berjaya diambil mereka dan lebih terkini berbanding data peribadi milik 4 juta rakyat Malaysia yang pernah disenaraikan pada September tahun lalu.

Bagi membuktikan kata-kata mereka, penjual itu turut mempamerkan maklumat peribadi milik Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin sebagai ‘contoh’ di dalam penyenaraian tersebut.

Baca artikel berkaitan :

Data Peribadi 22 Juta Rakyat Malaysia Termasuk Menteri KDN Didakwa Bocor & Dijual Pada Harga RM44k

Pangkalan Data 4 Juta Rakyat Malaysia Dalam JPN Disenarai Untuk Dijual

Dakwaan tersebut nyata menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang meluahkan rasa marah dan mahu pihak berwajib untuk segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Bukan data milik JPN”

Terbaharu, Hamzah Zainudin mengesahkan data peribadi 22.5 juta rakyat Malaysia itu bukan milik JPN.

Beliau yang ditemui media sewaktu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Rabu (19 Mei) memaklumkan kementeriannya mempunyai mekanisma untuk mengesahkan data yang dijual itu bukan daripada JPN.

“Seperti kes-kes sebelum ini, penjualan data melibatkan agensi yang diberi ruang untuk terima maklumat daripada JPN,” kata Hamzah.

Data adalah koleksi penjual dari sumber lain

Jelas beliau lagi, KDN sedang menyiasat perkara tesebut dan mendapati data yang dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

“Semua individu yang terlibat dengan kegiatan penjualan data peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan penuh akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya.

SOP bagi dapatkan dapat akan dikaji semula

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatkan data peribadi melalui agensi di bawah JPN akan dikaji semula.

“JPN merasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya isu seperti ini tidak timbul,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.