fbpx
Now Reading
“Saya Tak Boleh Sembunyi Lagi” – Ustaz Kazim Elias Sahkan Diri Hadapi Penyakit Misteri
Ustaz Kazim Elias penyakit misteri

“Saya Tak Boleh Sembunyi Lagi” – Ustaz Kazim Elias Sahkan Diri Hadapi Penyakit Misteri

Ustaz Kazim Elias turut memberitahu bahawa telah bermacam-macam cara dilakukan untuk mendapatkan rawatan dan berharap agar ada yang dapat membantunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) mengesahkan bahawa dirinya kini sedang melalui detik sukar apabila diserang penyakit misteri.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantarannya di Facebook dan memaklumkan bermacam-macam usaha telah dilakukan selama lapan bulan termasuklah mendapatkan rawatan moden dan tradisional.

Dah tak boleh sembunyi lagi daripada orang ramai

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tak boleh lagi sembunyi daripada orang ramai.

“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak, bukan hanya di muka malah seluruh badan,” jelasnya.

Keluar darah dengan sendiri

Menurut beliau, ia juga boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah.

“Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rendah diri sangat-sangat. Sebab itu saya siarkan lengan petang tadi (18 Mei) sebagai kiasan pada badan saya.

Tak boleh tidur sejak berbulan lepas

“Saya perlukan pertolongan untuk sesiapa baik doktor daripada perubatan alternatif untuk merawat saya. Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tidak tak boleh lagi saya sorok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya,” tulisnya di dalan hantaran tersebut.

Masih menerima jemputan ceramah dan program

Namun begitu, beliau memaklumkan meskipun dirinya sakit tetapi beliau masih menerima semua jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

Dilabel sombong kerana tidak beramah mesra

“Walau kadang-kadang dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dahulu tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya,” ulasnya lagi.

Ucap terima kasih dan mohon maaf jika ada mengguris hati sesiapa

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepadanya.

“Saya dah berusaha di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah SWT.

“Mungkin ada di kalangan tuan atau puan yang boleh membantu saya maka dengan itu saya siarkan gambar lengan effect (kesan) khas itu sebagai kiasan,” katanya lagi.

Foto: FB DUKE

Ustaz Kazim turut memohon maaf sekiranya selama ini perkataan dan tingkah laku beliau ada mengguris hati mana-mana pihak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.