fbpx
Now Reading
Wanita Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas Tertelan Alat Calitan Ujian Covid-19
wanita tertelan alat calitan covid-19

Wanita Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas Tertelan Alat Calitan Ujian Covid-19

Wanita ini terpaksa jalani pembedahan selepas tertelan alat calitan ujian Covid-19.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di United Kingdom berdepan detik cemas apabila terpaksa dikejarkan untuk menjalani pembedahan gara-gara tertelan sebatang alat calitan kendiri Covid-19 yang bersaiz enam inci.

Bobby Lee, seorang ibu tunggal memaklumkan bahawa ujian itu dilakukan kerana rasa tidak enak badan selepas syif malamnya, lapor Mirror UK.

Alat calitan Covid-19 tersekat dikerongkong

Namun, apa yang terjadi adalah alat calitan itu tersangkut di kerongkongnya. Tidak tahu apa yang patut dilakukan, wanita berusia 31 tahun bertindak menelan alat calitan tersebut. Tetapi ia tersekat di separuh laluan kerongkongnya.

Bimbang akan keadaanya dirinya, dia kemudian segera ke ruang kecemasan hospital untuk mendapatkan bantuan.

Ketika menceritakan tentang peristiwa ngeri itu, Bobby yang juga seorang pekerja penjagaan turut memberitahu bahawa alat calitan itu tersumbat ketika dia cuba menyapu di bahagian belakang tekaknya.

Cuba untuk keluarkan tapi tidak dapat

“Alat itu kelihatan bergerak-gerak di dalam mulut saya dan tersangkut di belakang tekak.

“Saya cuba untuk mengeluarkannya tetapi tidak dapat, jadi saya terfikir untuk menelannya. Apabila ditelan, alat itu kelihatan turun sedikit tetapi ia hanya masuk separuh ke kerongkong saya.

“Di mana hujungnya dapat dilihat terkeluar dari kerongkong saya,” ulas Bobby.

Insiden ngeri tersebut buat wanita ini trauma

Pengalaman itu bagaimanapun telah membuatkan Bobby terkesan dan trauma apabila menyatakan dia tidak dapat bernafas buat sementara waktu dan merasa panik kerana berada bersendirian dengan anak bongsunya.

“Saya tidak menelefon 111 (talian kesihatan bukan kecemasan di UK) kerana mempunyai anak perempuan bersama saya, saya terus masuk ke dalam kereta dan memandu terus ke ruang kecemasan hospital.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku sekiranya saya berhenti bernafas dengan si kecil itu bersendirian,” jelasnya lagi.

Sebaik tiba di hospital, Bobby telah dipindahkan ke hospital berasingan sementara doktor cuba memikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk merawat dirinya.

“Mereka tidak pernah alami masalah seperti itu, jadi mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya bernafas dengan baik, tetapi alat itu masih lagi kelihatan.

Jalani pembedahan kecil keluarkan alat calitan

“Akhirnya saya menjalani pembedahan kecil dengan memasukkan kamera melalui kerongkong saya dan mereka mengeluarkan alat tersebut. Ia telah masuk ke dalam perut saya, gambar yang diambil menunjukkan alat tersebut hampir dengan usus saya,” katanya lagi.

Foto: Mirror UK

Menurutnya lagi, alat calitan tersebut terpaksa dikeluarkan dari mulutnya walaupun ia kelihatan seperti telah masuk ke dalam usus.

Foto: Mirror UK

“Ia benar-benar menakutkan, tetapi saya gembira kerana saya bertindak cepat jika tidak ia boleh membawa maut,” jelas Bobby lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.