
“You Pun Salah” – PDRM Siasat Anggota Polis ‘Sekolahkan’ Artis Cosplay Yang Buat Aduan Diganggu Stalker
PDRM memandang serius dakwaan tersebut dan siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang anggota polis disiasat selepas seorang wanita mendakwa menerima layanan buruk dari penjawat awam itu ketika membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.
Menurut Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.
Difahamkan wanita berkenaan yang juga seorang artis cosplay hadir ke balai tersebut bagi membuat aduan selepas diganggu seorang penghendap (stalker).
“Siasatan mendapati wanita terbabit telah hadir di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Isnin lalu untuk membuat laporan mengenai gangguan di sebuah festival anime.
“Namun merasa tidak selesa dengan layanan serta tutur kata oleh anggota polis yang bertugas pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, 19 Mei.
Ambil tindakan tegas
Tambah beliau, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggota yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
“Pihak polis akan sentiasa memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” kata beliau lagi.
Terdahulu tular di Twitter apabila seorang pengguna mendakwa ‘disekolahkan’ oleh seorang anggota polis sewaktu hadir membuat laporan yang dirinya diintai dan diganggu oleh seorang lelaki sewaktu sedang bertugas di acara Cosplay Alley Anime Festival.
Disebabkan tergesa-gesa untuk membuat laporan, dia terpaksa ke sana dengan menggunakan pakaian cosplay tersebut.
Namun sewaktu membuat laporan, dia yang berusia 21 tahun mendakwa telah ditegur mengenai tatacara pemakaiannya sekali gus membuat dia menjadi tidak selesa.
“You pakai macam ni, you pun salah juga”
I’ve been harassed by someone who is mentally ill and from all viewing angles, I’m the victim here.. how can you say that its my fault for existing and doing my hobby, its my fault so i need to deal with it???
— Pudds 👻 (@deadpudds) May 17, 2022
“Anggota itu berkata kepada saya ‘you pakai macam ni, jual gambar macam ni, you pun juga salah.’
“Dari kena hendap sekarang dimalukan pula,” ciapnya.
Apa yang lebih mengecawakan memandangkan dia ketika itu sudah punmenyarung jaket bagi menutup baju cosplay yang sedang dipakainya.
FYI this was the outfit that i was wearing which he tegured me. I even covered it up with a jacket out of respect. Yall decide for yourselves la 😪 pic.twitter.com/3dqNry4DMU
— Pudds 👻 (@deadpudds) May 17, 2022