Niat Nak Hentam Rusia, Sekali Bush Tersasul Kata Pencerobohan Iraq Adalah Tak Wajar & Kejam [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush menjadi perhatian media dunia selepas dia secara tidak sengaja menyebut bahawa pencerobohan ke atas Iraq adalah tidak wajar dan kejam.
Kata-kata tersebut dikeluarkan Bush ketika memberi ucapan di sebuah majlis di Dallas bagi mengecam tindakan negara seterunya Rusia yang menceroboh Ukraine sejak beberapa bulan lalu.
Ini kerana seluruh dunia tahu Bush adalah orang yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan askar AS meceroboh ke negara teluk tersebut pada 2003.
“Kerana tiada semak dan imbang di Rusia, lelaki itu telah bertindak melancarkan pencerobohan tidak wajar dan kejam ke atas Iraq,” katanya dalam ucapan sebelum di terdiam dan menggelengkan kepala seolah bearu menyedari kesilapannya.
“Maksud saya, Ukraine,” sambung Bush.
Ayat Iraq yang terpacul dari mulutnya menyebabkan orang ramai yang berada di situ terkesima.
Bush kemudiannya cuba menutup kesilapan memalukan itu dan secara berseloroh berkata ianya disebabkan faktor usianya yang sudah menjangkau 75 tahun.
Perkongsian video tersebut di YouTube The Guardian ternyata menerima pelbagai respon dari netizen namun majoritinya dilihat berterima kasih kerana Bush akhirnya bercakap benar.
Konflik yang berlaku dari 2003 hingga 2011 dengan alasan kononnya ada senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang tersimpan di negara teluk itu menyaksikan kejatuhan Saddam Hussein selain menjadi punca kematian ribuan tentera maut manakala berpuluh ribu rakyat Iraq termasuk wanita dan anak kecil menjadi mangsa korban.
Sekitar September 2021, seorang askar veteran AS mengamuk mahu Bush memohon maaf dan menggelarnya penipu kerana menggunakan alasan palsu untuk menyerang Iraq.