fbpx
Now Reading
‘Shopping’ Di Bundle Tapi Korang Tampil Bergaya Smart, Ekosistem Pun Selamat!

‘Shopping’ Di Bundle Tapi Korang Tampil Bergaya Smart, Ekosistem Pun Selamat!

Barangan dan pakaian terpakai ‘bundle’ sudah tidak asing lagi di negara kita kerana mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pakaian terpakai (bundle) sudah lama mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Meskipun tidak ramai yang menggemarinya, bundle memiliki pengemar mereka tersendiri malah angkanya semakin bertambah.

Ia dapat dilihat menerusi lambakan kedai bundle diseluruh pelusuk Malaysia yang diumpamakan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tidak kira di negeri mana kita berada, pasti akan terlihat kedai-kedai bundle tidak kira kecil atau besar.

Apa itu bundle?

Pakaian bundle ini sebenarnya pakaian terpakai yang diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, United Kingdom (UK), Korea dan negara-negara Eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus di dalam guni.

Kemudian guni-guni bundle ini akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian berserta ‘tagging’ yang masih baru dan belum dipakai.

Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian ‘reject item’ stok lama dari kedai.

Bagaimana wujudnya bundle?

Pada zaman sebelum berlakunya revolusi perindustrian (industrial revolution), pakaian agak sukar untuk dibuat dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Namun semuanya berubah apabila berlakunya ‘industrial revolution’ dimana industri-industri besar mula menggunakan mesin teknologi yang mana mampu menjimatkan tenaga manusia dan mampu menghasilkan lebih banyak produk dalam jangka masa yang lebih singkat.

Apabila terlalu banyak pakaian yang dihasilkan yang melebihi daripada jumlah permintaan, maka berlakulah lambakan pakaian yang tidak terjual dan digunakan.

Namun krisis ini hanya berlaku buat jangka masa yang pendek apabila pada tahun 70an dan 80an tercetusnya era ‘fast fashion’ dimana golongan muda pada waktu itu menggunakan ‘fast fashion’ sebagai alternatif untuk menonjolkan diri mereka yang mengakibatkan permintaan ‘fast fashion’ naik secara mendadak.

Malangnya zaman kegemilangan itu tidak lama dan berakhir pada tahun 90an apabila masyarakat mula sedar tentang bahayanya jika kilang terus menghasilkan pakaian yang akan mengakibatkan jejak karbon (carbon footprint) yang mengakibatkan pemanasan global mengganggu ekosistem bumi.

Antara usaha yang mampu dilakukan bagi mengatasi masalah ‘carbon footprint’ adalah dengan memperkenalkan konsep ‘thrifting’ iaitu membeli barangan yang terpakai untuk mengelak daripada berlakunya pembaziran bahan mentah yang akan mengakibatkan berlakunya ‘carbon footprint’. Maka dengan ini tercetuslah revolusi dunia bundle yang tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jenis barangan bundle

Terdapat pelbagai jenis barangan bundle yang dijual, antaranya kemeja, t-shirt, jersi, hoodie,jaket dan pelbagai jenis seluar.

Selaitu itu terdapat juga bundle yang menjual kasut, beg, selimut, toto, dan langsir.

Jangan tak percaya! Ada juga bundle yang menjual mainan kanak-kanak.

Pendek kata, selagi mana barangan tersebut masih boleh digunakan semula, selagi itulah ia masih berharga dan akan dijual sebagai barangan bundle.

Apa yang menarik mengenai pakaian bundle?

Kepada mereka yang tidak minat pakaian bundle, pasti akan pelik kenapa adanya golongan yang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Tak kurang pula yang geli kerana beranggapan pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Ini terpulang kepada citarasa dan minat masing-masing.

Apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari AS dan UK. Kualiti kain dan cetakan yang masih kekal dalam keadaan yang baik. bagi peminat pakaian bundle, sememangnya menjadi pilihan mereka kerana boleh memiliki jenama kegemaran dengan harga yang jauh lebih murah.

Jenama-jenama besar yang terkenal di seluruh dunia seperti Levi’s, Dockers, Polo, dan Harley Davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle di negara ini. Kebiasaannya, jenama seperti ini lebih cepat disambar peminat bundle yang sentiasa ‘keep update’ dengan stok pakaian bundle sehingga ada yang sanggup bersesak di satu Kawasan yang kecil bagi merebut jenama pakaian kegemaran mereka.

Selain itu, bundle juga terkenal kerana memiliki koleksi-koleksi yang ‘rare’ atau sukar untuk dicari. Selalunya, barangan yang ‘rare’ ini lebih mahal dari harga barangan bundle yang lain kerana mempunyai nilai harga jual balik yang lebih tinggi.

Adakah pakaian bundle bersih?

Bagi yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia bundle, pasti pelbagai persoalan yang akan terlintas difikiran anda. Antara persoalan yang sering diajukan adalah mengenai kebersihan pakaian bundle. Untuk pengetahuan anda, kesemua pakaian yang dibungkus dalam setiap guni bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit.

Oleh kerana itu hampir kesemua pakaian bundle mempunyai satu jenis bau yang sama, dimana pakaian-pakaian ini telahpun dibasuh menggunakan sabun dan bahan kimia yang sama.

Kesimpulan

Terdapat lebih banyak manfaat dan faedah yang akan kita perolehi sekiranya kita membeli barangan terpakai atau kata lain ‘bundle’. Bukan hanya sekadar mampu menjimatkan wang ringgit, malahan ia juga mampu menyelamatkan ekosistem bumi yang mana penting bagi setiap hidupan di muka bumi ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah ini:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.